Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Netizen sebak lihat lelaki gendong ibu tawaf keliling Kaabah

Anggaran Waktu Membaca:
MAKKAH: Tular sebuah video di media sosial, seorang lelaki menggendong ibunya sambil melaksanakan ibadah tawaf di Masjidil Haram, Makkah.

Ramai pengguna Twitter dan media sosial lain memuji perbuatan jemaah itu yang disifatkan sebagai perkara yang mulia ketika menjaga ibunya.

Mereka menambah bahawa jemaah itu memenuhi sabda Nabi Muhammad, iaitu "sesungguhnya syurga itu di bawah tapak kaki ibu".
Video tersebut dirakam seorang warga Turki dan dimuat naik di akaun Twitter @suleymanragip semasa beliau menunaikan ibadah umrah.

Difahamkan, lelaki yang menggendong ibunya dikenali sebagai Kemal Abi, jemaah yang berasal dari Uzbekistan, lapor Saudi Gazette.

Video tersebut mengundang reaksi positif termasuk pujian kepada lelaki tersebut serta mendoakan kesihatan untuknya dan ibunya.
Sumber : AGENCIES/AE/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan