Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Netflix perluas usaha halang kongsi kata laluan di seluruh dunia

Anggaran Waktu Membaca:
Netflix perluas usaha halang kongsi kata laluan di seluruh dunia

(Gambar: Patrick T. Fallon/AFP)

CALIFORNIA: Syarikat Netflix Inc pada Selasa (23 Mei) memperluaskan usaha menghalang amalan perkongsian kata laluan akaun ke Amerika Syarikat dan lebih 100 negara.

Ia memberi amaran kepada para pengguna bahawa akaun mereka tidak boleh dikongsi secara percuma dengan pengguna lain yang tidak tinggal serumah.

Syarikat itu, yang merintis khidmat penstriman video, juga sedang mencari kaedah baru bagi menjana hasil pendapatan.

Ini sedang pasaran bagi khidmat penstriman video semakin kurang mendapat permintaan.

Netflix menyatakan ia sudah mengirimkan e-mel berhubung amalan berkongsi akaun kepada para pelanggan di 103 negara dan wilayah, termasuk Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Australia dan Singapura.

Kandungan e-mel tersebut menyatakan bahawa akaun Netflix hanya boleh digunakan di satu rumah sahaja.

Namun, pelanggan berbayar boleh menambah seorang anggota yang tidak tinggal serumah ke dalam akaun mereka dengan bayaran tambahan.

Syarikat itu menganggarkan bahawa lebih 100 juta rumah menawarkan nama pengguna dan kata laluan akaun mereka kepada rakan-rakan dan ahli keluarga yang tidak tinggal serumah. Sejak akhir Mac, pelanggan Netflix yang membayar untuk khidmat tersebut di seluruh dunia berjumlah 232.5 juta.

Di bawah dasar baru itu, individu yang tinggal di dalam rumah yang sama boleh meneruskan untuk berkongsi akaun Netflix dan menggunakannya di pelbagai peranti ketika melancong, tambah syarikat itu.
Sumber : CNA/HA/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan