Netanyahu tidak akan bersara dari politik jika diberikan pengampunan
Anggaran Waktu Membaca:
BAITULMAKDIS: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata pada Ahad (7 Dis) beliau tidak akan bersara dari politik jika diberikan pengampunan daripada presiden negara itu dalam perbicaraan rasuahnya selama bertahun-tahun.
Apabila ditanya oleh seorang wartawan jika dia merancang untuk bersara daripada kehidupan politik jika dia diberikan pengampunan, Encik Netanyahu berkata: "Tidak".
Encik Netanyahu pada bulan lalu memohon pengampunan dari Presiden Isaac Herzog, dengan para peguam bagi Encik Netanyahu berhujah bahawa penampilan kerap di mahkamah menjejas keupayaan Encik Netanyahu untuk mentadbir dan jika pengampunan diberikan ia akan memberi manfaat kepada negara itu.
Pengampunan di Israel lazimnya diberikan hanya selepas prosiding undang-undang sudah selesai dan tertuduh dijatuhkan hukuman.
Sejauh ini, belum pernah ada kes di mana pengampunan diberikan ketika perbicaraan sedang berlangsung.
Encik Netanyahu sebelum ini berkali-kali menafikan salah laku terhadap tuduhan rasuah, penipuan dan pecah amanah dan para peguamnya berkata Encik Netanyahu masih percaya prosiding undang-undang, jika dimuktamadkan, akan menyebabkan pembebasan sepenuhnya.
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pernah menulis kepada Encik Herzog, sebelum Encik Netanyahu membuat permohonan pengampunan, untuk menggesa Presiden Israela itu supaya menimbangkan memberikan pengampunan kepada Encik Netanyahu.
Namun sesetengah ahli politik pembangkang berhujah bahawa sebarang pengampunan perlu diberikan dengan syarat Encik Netanyahu bersara dari politik dan mengaku bersalah.
Beberapa pihak lain berkata Encik Netanyahu mesti mengadakan pilihan raya dahulu, yang dijangka diadakan selewat-lewatnya pada Oktober 2026.

Sumber : Reuters/HA/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.