Netanyahu sedia terima gencatan senjata di Gaza, tetapi bukan tamat perang
Anggaran Waktu Membaca:
BAITULMAKDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada Khamis (28 Nov) berkata keadaan sudah bertambah baik bagi kemungkinan dicapai perjanjian gencatan senjata di Carikan Gaza dan pembebasan orang-orang tebusan yang ditahan kumpulan Hamas.
"Saya rasa keadaan sudah bertambah baik," katanya dalam wawancara dengan Channel 14.
Menurutnya lagi: "Untuk gencatan senjata saya bersedia pada bila-bila masa, tetapi untuk menamatkan perang, saya tidak bersedia, kerana kita juga mesti mencapai penghapusan Hamas".
Dalam wawancara itu, beliau juga mengancam Hezbollah dengan perang yang hebat jika kumpulan di Lubnan itu mencabuli gencatan senjatanya dengan Israel yang dikuatkuasakan sejak Rabu.
Kedua-dua pihak saling menuduh satu sama lain telah mencabuli gencatan senjata itu pada Khamis.
Gencatan senjata 60 hari itu yang diusahakan Amerika Syarikat dan Perancis menamatkan pertempuran Israel-Hezbollah selama lebih setahun yang membunuh lebih 3,800 orang di Lubnan.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Reuters/SU/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.