Netanyahu mohon pengampunan presiden dalam perbicaraan rasuahnya
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu meminta presiden negara itu pada Ahad (30 Nov) untuk memberikannya pengampunan dalam perbicaraan rasuah yang berlarutan selama bertahun-tahun, dengan berhujah bahawa prosiding jenayah menghalangnya daripada mentadbir dan bahawa pengampunan itu akan membawa kebaikan kepada Israel.
Anggaran Waktu Membaca:
BAITULMAKDIS: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu meminta presiden negara itu pada Ahad (30 Nov) untuk memberikannya pengampunan dalam perbicaraan rasuah yang berlarutan selama bertahun-tahun, dengan berhujah bahawa prosiding jenayah menghalangnya daripada mentadbir dan bahawa pengampunan itu akan membawa kebaikan kepada Israel.
Encik Netanyahu, perdana menteri paling lama berkhidmat dalam sejarah negara itu, sudah lama menafikan tuduhan rasuah, penipuan dan pecah amanah.
Peguamnya berkata dalam satu surat kepada pejabat presiden bahawa perdana menteri itu masih yakin prosiding undang-undang akan membawa kepada pembebasan sepenuhnya.
“Peguam saya menghantar permohonan pengampunan kepada presiden negara hari ini. Saya menjangka sesiapa yang mahukan kebaikan negara akan menyokong langkah ini,” kata Encik Netanyahu dalam satu kenyataan video ringkas yang dikeluarkan oleh parti politiknya, Likud.
Pejabat Presiden Issac Herzog mengumumkan lebih awal pada Ahad bahawa permohonan itu sudah pun diterima, sambil menerbitkan surat daripada pasukan peguam Encik Netanyahu itu.
Pejabat Encik Herzog berkata permohonan itu akan dirujuk kepada Kementerian Kehakiman, seperti amalan biasa, untuk mendapatkan pandangan yang akan dikemukakan kepada penasihat undang-undang presiden, yang akan merumuskan usulan untuk dipertimbangkan presiden.
Menteri Kehakiman Israel, Yariv Levin, ialah anggota parti Likud Netanyahu dan sekutu rapat perdana menteri itu.
Dalam surat tersebut, peguam Encik Netanyahu berhujah bahawa prosiding jenayah terhadapnya memperdalam perpecahan masyarakat dan menamatkan perbicaraan adalah penting demi perdamaian nasional.
Mereka juga menulis bahawa sesi mahkamah yang semakin kerap membebankannya ketika perdana menteri tersebut berusaha untuk mentadbir negara.
“Saya dikehendaki memberi keterangan sebanyak tiga kali seminggu… Itu adalah tuntutan mustahil yang tidak dikenakan kepada mana-mana rakyat lain,” kata Encik Netanyahu dalam kenyataan video tersebut, sambil menegaskan bahawa dirinya menerima kepercayaan rakyat melalui kemenangan berulang kali dalam pilihan raya.
Encik Netanyahu merupakan satu-satunya perdana menteri Israel yang sedang berkhidmat yang dibicarakan di mahkamah.
Baik perdana menteri mahupun peguamnya tidak membuat sebarang pengakuan bersalah.
Pengampunan di Israel secara tradisinya hanya diberikan selepas prosiding undang-undang selesai dan tertuduh disabitkan kesalahan.
Peguam Encik Netanyahu berhujah bahawa presiden boleh campur tangan apabila kepentingan awam menjadi pertaruhan, seperti dalam kes ini, demi menangani perpecahan dan mengukuhkan perpaduan nasional.
Ketua pembangkang Yair Lapid berkata dalam satu kenyataan bahawa Encik Netanyahu tidak wajar diberi pengampunan tanpa pengakuan bersalah, ungkapan penyesalan dan persaraan serta-merta daripada arena politik.

Sumber : Agensi berita/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.