Netanyahu mahu kurangkan kebergantungan Israel terhadap bantuan tentera Amerika dalam masa sedekad
Anggaran Waktu Membaca:
BAITULMAKDIS: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata dalam satu temu bual yang diterbitkan pada Jumaat (9 Jan) bahawa beliau berharap dapat "mengurangkan" kebergantungan Israel terhadap bantuan tentera Amerika dalam sedekad akan datang.
Encik Netanyahu sebelum ini berkata Israel tidak seharusnya bergantung kepada bantuan ketenteraan asing, tanpa mengisytiharkan garis masa yang kukuh bila Israel akan merdeka sepenuhnya daripada Amerika Syarikat.
"Saya mahu mengurangkan kebergantungan terhadap tentera Amerika Syarikat dalam masa 10 tahun akan datang," kata Encik Netanyahu dalam temu bual bersama The Economist.
Apabila ditanya jika beliau bermaksud "kurangkan hingga sifar", beliau katakan, "Ya."
Encik Netanyahu berkata beliau memberitahu Presiden Donald Trump semasa lawatannya baru-baru ini bahawa Israel "sangat menghargai secara mendalam" "bantuan tentera yang diberikan oleh Amerika kepada Israel sepanjang beberapa tahun ini, namun kami semakin dewasa dan kami juga sudah membangunkan keupayaan yang luar biasa".
Pada Disember lalu, Encik Netanyahu berkata Israel akan memperuntukkan 350 bilion shekels (S$142 bilion) untuk membangunkan sebuah industri senjata bebas bagi mengurangkan kebergantungan terhadap negara-negara lain.
Pada 2016, pemerintah Amerika Syarikat dan Israel memeterai memorandum persefahaman selama 10 tahun hingga September 2028 yang menyediakan bantuan ketenteraan sebanyak AS$38 bilion (S$48.9 bilion), geran sebanyak AS$33 bilion (S$42.4 bilion) untuk membeli peralatan ketenteraan dan AS$5 bilion (S$6.4 bilion) bagi sistem pertahanan peluru berpandu.
Eksport pertahanan Israel meningkat sebanyak 13 peratus pada tahun lalu, dengan beberapa kontrak utama dimeterai bagi teknologi pertahanan Israel, termasuk sistem pertahanan udara canggih berbilang lapisan.

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.