Netanyahu hadir di mahkamah selepas permohonan pengampunan presiden disokong Trump
Anggaran Waktu Membaca:
TEL AVIV: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, hadir di mahkamah pada Isnin (1 Dis) buat kali pertama sejak beliau memohon pengampunan daripada Presiden negara itu bagi perbicaraan kes rasuah yang berpanjangan. Permintaan itu disokong oleh sekutu rapatnya, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.
Ahli politik pembangkang membantah permintaan pengampunan tersebut. Ada yang berpendapat pengampunan hanya boleh diberikan jika Encik Netanyahu bersara daripada politik dan mengaku bersalah.
Yang lain pula mengatakan Perdana Menteri itu mesti mengadakan pilihan raya umum terlebih dahulu (yang sepatutnya diadakan sebelum Oktober 2026) sebelum meminta pengampunan.
Naftali Bennett, mantan Perdana Menteri, berkata beliau akan menyokong perbicaraan dihentikan jika Encik Netanyahu bersetuju untuk berundur dari politik "untuk mengeluarkan Israel dari kekacauan ini".
Encik Netanyahu didakwa pada tahun 2019 atas tuduhan rasuah, penipuan, dan pecah amanah, dan perbicaraan bermula pada tahun 2020. Beliau adalah Perdana Menteri Israel yang paling lama berkhidmat.
Encik Netanyahu berulang kali menafikan sebarang salah laku dan tidak membuat pengakuan bersalah dalam permintaan pengampunannya. Peguamnya menyatakan beliau yakin perbicaraan akan berakhir dengan pembebasan sepenuhnya.
Satu kumpulan kecil penunjuk perasaan berkumpul di luar mahkamah. Seorang penunjuk perasaan, Ilana Barzilay, percaya tidak boleh diterima untuk Encik Netanyahu meminta pengampunan tanpa mengaku bersalah atau bertanggungjawab.
Dalam surat kepada Presiden Isaac Herzog, peguam Encik Netanyahu berkata kehadiran mahkamah yang kerap menghalang kemampuan Perdana Menteri untuk memerintah. Mereka juga berkata pengampunan akan membawa kebaikan kepada negara.
Di Israel, pengampunan biasanya diberikan hanya selepas proses undang-undang selesai dan tertuduh disabit kesalahan. Setakat ini belum pernah ada pengampunan dikeluarkan di pertengahan perbicaraan.
Sekutu Encik Netanyahu menyokong permintaannya. Encik Trump sebelum ini juga menulis surat kepada Encik Herzog, meminta beliau mempertimbangkan pengampunan, dan menyifatkan kes terhadap Encik Netanyahu sebagai "pendakwaan politik yang tidak wajar."

Sumber : Reuters/NK/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.