Netanyahu dakwa Israel sudah 'bunuh' pengganti Nasrallah
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/ANWAR AMRO)
BAITULMAKDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berkata serangan udara Israel telah membunuh dua bakal pengganti pemimpin Hezbollah yang terbunuh, Hassan Nasrallah, ketika Israel meluaskan serangan daratnya terhadap kumpulan disokong Iran itu.
"Kami sudah melemahkan keupayaan Hezbollah. Kami 'hapuskan' beribu-ribu 'pengganas', termasuk (Hassan) Nasrallah sendiri dan penganti-penggantinya, kata PM Netanyahu dalam satu rakaman video.
"Hari ini, Hezbollah lebih lemah daripada tahun-tahun sebelumnya," tambah beliau.
Menteri Pertahanan Israel Yoav Gallant sebelum ini berkata Hashem Safieddine, lelaki yang dijangka menggantikan Nasrallah yang terbunuh, mungkin telah "dihapuskan". Tidak jelas siapa yang dimaksudkan oleh PM Netanyahu dengan "penggantian pengganti".
Tentera Israel pada Selasa (8 Okt) berkata, serangan udara terhadap kubu bawah tanah Hezbollah di selatan Lubnan dalam tempoh 24 jam sebelum ini membunuh sekurang-kurangnya 50 anggota termasuk enam komander dan pegawai wilayah.
Konflik Israel-Hezbollah setakat ini sudah membunuh lebih 1,000 orang di Lubnan dalam tempoh dua minggu lalu.

Sumber : Reuters/SU/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.