Netanyahu bubar kabinet perang, kata pegawai Israel
Anggaran Waktu Membaca:
BAITULMAKDIS: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu membubarkan kabinet perangnnya yang merangkumi enam anggota, kata seorang pegawai Israel pada Isnin (17 Jun).
Langkah yang dijangkakan itu dibuat selepas mantan jeneral Benny Gantz dari parti berhaluan tengah meletak jawatan daripada pemerintah.

Encik Netanyahu kini dijangka mengadakan rundingan mengenai perang Gaza bersama sekumpulan kecil menteri, termasuk Menteri Pertahanan Israel Yoav Gallant dan Menteri Ehwal Strategik Ron Dermer, yang menganggotai kabinet perang.
Beliau berdepan permintaan daripada sekutu nasionalis-agama dalam pemerintah gabungannya, iaitu Menteri Kewangan Israel Zebalel Smotrich dan Menteri Pertahanan Itamar Ben-Gvir, untuk disertakan ke dalam kabinet perang.
Langkah tersebut akan meningkatkan lagi ketegangan dengan sekutu antarabangsa termasuk Amerika Syarikat.
Kabinet tersebut ditubuhkan selepas Encik Gantz menyertai Encik Netanyahu dalam pemerintah gabungan pada permulaan perang pada Oktober, dan disertai rakan kongsi Encik Gantz, Gadi Eisenkot dan Aryeh Deri, ketua parti agama Shas, sebagai pemerhati.
Encik Gantz dan Encik Eisenkot meletak jawatan daripada pemerintah, disebabkan apa yang disifatkan sebagai kegagalan Encik Netanyahu untuk membentuk satu strategi dalam perang di Gaza.

Sumber : Reuters/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.