Netanyahu bakal bertemu Trump di Amerika untuk bincang mengenai Iran
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dijangka bertemu Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Rabu di Washington, di mana mereka akan membincangkan rundingan bersama Iran, menurut Pejabat Perdana Menteri Israel pada Sabtu (7 Feb).
Anggaran Waktu Membaca:
BAITULMAKDIS: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dijangka bertemu Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Rabu di Washington, di mana mereka akan membincangkan rundingan bersama Iran, menurut Pejabat Perdana Menteri Israel pada Sabtu (7 Feb).
Para pegawai Iran dan Amerika Syarikat mengadakan rundingan nuklear secara tidak langsung di ibu negara Oman, Muscat, pada Jumaat. Kedua-dua pihak menyatakan bahawa rundingan lanjut dijangka diadakan dalam masa terdekat.
Seorang diplomat serantau yang diberi taklimat oleh Tehran mengenai rundingan itu memberitahu Reuters bahawa Iran menegaskan “haknya untuk memperkayakan uranium” semasa rundingan dengan Amerika Syarikat, dan keupayaan peluru berpandu Tehran tidak dibangkitkan dalam perbincangan tersebut.
Para pegawai Iran turut menolak sebarang usaha untuk menetapkan peluru berpandu negara itu - antara persenjataan terbesar seumpamanya di Timur Tengah - sebagai bahan perbincangan, dan menyatakan bahawa Tehran mahu pengiktirafan terhadap haknya untuk memperkayakan uranium.
PERDANA MENTERI MAHU SEKATAN PELURU BERPANDU
“Perdana Menteri percaya bahawa sebarang rundingan mesti merangkumi had ke atas peluru berpandu balistik serta penghentian sokongan terhadap sekutu Iran,” menurut Pejabat Encik Netanyahu dalam satu kenyataan.
Pertemuan pada Rabu itu merupakan yang ketujuh antara Encik Netanyahu dan Encik Trump sejak presiden Amerika Syarikat itu kembali memegang jawatan pada Januari tahun lalu.
Kedua-dua pemimpin sebelum ini dijangka bertemu pada 18 Februari, namun rundingan tersebut diawalkan di tengah-tengah pelibatan semula Iran. Jurucakap Encik Netanyahu tidak memberi ulasan segera berhubung sebab tarikh itu dipercepatkan.
Pada Jun lalu, Amerika Syarikat menyertai kempen ketenteraan Israel ke atas kemudahan pengayaan uranium dan pemasangan nuklear lain milik Iran, menandakan tindakan ketenteraan Amerika yang paling terbuka pernah dilakukan terhadap Republik Islam itu.
Iran membalas dengan melancarkan serangan peluru berpandu ke atas sebuah pangkalan tentera Amerika Syarikat di Qatar.
Amerika Syarikat dan Israel berulang kali memberi amaran kepada Iran bahawa mereka akan melancarkan serangan sekali lagi sekiranya Tehran meneruskan program pengayaan uranium dan peluru berpandu balistiknya.
Kuasa-kuasa dunia dan negara-negara serantau bimbang kegagalan rundingan itu akan mencetuskan satu lagi konflik antara Amerika Syarikat dan Iran yang boleh merebak ke seluruh rantau Timur Tengah, yang tertumpu kepada pengeluaran minyak.
Iran berikrar untuk mengambil tindak balas yang keras terhadap sebarang serangan dan memberi amaran kepada negara-negara Arab Teluk berdekatan yang menempatkan pangkalan Amerika Syarikat bahawa mereka juga boleh menjadi sasaran sekiranya serangan berlaku.

Sumber : Reuters/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.