Netanyahu arah tentera Israel tingkatkan tekanan terhadap Hamas
Anggaran Waktu Membaca:

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu. (Gambar fail: Maya Alleruzzo / POOL / AFP)
BAITULMAKDIS: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata pada Sabtu (19 Apr) beliau telah mengarahkan tentera Israel supaya meningkatkan tekanan terhadap Hamas.
Ini selepas Hamas menolak cadangan gencatan senjata sementara Israel.
Sebaliknya, Hamas menuntut agar perang ditamatkan sebagai ganti tebusan dibebaskan.
Dalam ucapan yang disiarkan di televisyen pada lewat Sabtu malam, Encik Netanyahu berkata meskipun perang membawa padah, Israel "tiada pilihan melainkan untuk terus berjuang demi kewujudannya, sehingga ia meraih kemenangan."
Pihak pengantara dari Mesir telah berusaha untuk menyambung perjanjian gencatan senjata yang ditamatkan oleh Israel pada bulan lalu.
Sebelum ini, pasukan pengantara itu cuba melanjutkan tempoh gencatan senjata sementara, yang menyaksikan 38 tebusan dibebaskan.
Hamas menekankan ia hanya akan membebaskan tebusan sekiranya perang di Gaza berakhir.
Sementara itu, Hamas menyatakan pada Sabtu ia telah menemui mayat seorang pengawal yang menahan askar warga Israel-Amerika, Edan Alexander.
Alexander dipercayai adalah warga Amerika terakhir yang masih ditahan di Gaza.
Nasib Alexander bagaimanapun tidak diketahui.
Utusan Presiden Amerika Donald Trump ke Timur Tengah Steve Witkoff berkata pada Mac lalu bahawa pembebasan Alexander adalah "keutamaan tertinggi".
Pemebasan Alexander adalah tumpuan utama dalam perbincangan antara Hamas dengan perunding Amerika, Adam Boehler pada bulan lalu.
Pada Selasa (15 Apr), Hamas menyatakan pihaknya tidak dapat menghubungi pasukannya yang menahan Alexander, selepas lokasi mereka diserang Israel.
Seramai 59 tebusan Israel masih ditahan di Gaza dan separuh daripadanya dipercayai masih hidup.

Sumber : Reuters/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.