Netanyahu arah pegawai tertinggi ke Qatar bagi rundingan gencatan senjata di Gaza
Anggaran Waktu Membaca:
BAITULMAKDIS: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menghantar delegasi pegawai kanan ke Qatar bagi rundingan membebaskan tebusan serta perjanjian gencatan senjata di Gaza, umum pejabatnya pada Sabtu (11 Jan).
Encik Netanyahu mengadakan mesyuarat di Baitulmakdis bersama utusan bakal presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, Encik Steve Witkoff, seorang wakil Presiden Amerika Joe Biden, serta pegawai kanan Israel.
Susulan mesyuarat itu, Encik Netanyahu mengarahkan ketua agensi risikan Mossad, dan agensi keselamatan Shin Bet, serta Jeneral Nitzan Alon dan penasihat dasar luar Ophir Falk "untuk ke Doha bagi meneruskan perjanjian membebaskan tebusan," tulis kenyataan dari pejabat perdana menteri Israel.
Amerika Syarikat, Qatar dan Mesir mengadakan rundingan untuk menamatkan perang di Gaza selama setahun serta membebaskan tebusan.
Pengumuman tersebut dialu-alukan oleh Forum Tebusan dan Keluarga Hilang, sebuah kumpulan kempen bagi mereka yang masih berada di Gaza, yang menyifatkan usaha itu sebagai "peluang bersejarah untuk memastikan orang yang mereka disayangi dibebaskan".
Rundingan tidak langsung antara Israel dan Hamas disambung semula minggu lalu di Qatar.
Perbincangan terkini menumpukan untuk membebaskan baki tebusan.
Encik Biden, yang akan menamatkan penggal jawatannya pada 20 Januari berkata bahawa terdapat kemajuan dalam rundingan.
Encik Trump pula berikrar untuk mengambil tindakan keras jika tebusan tidak dibebaskan menjelang pelantikannya.

Sumber : AFP/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.