Skip to main content

Dunia

Netanyahu akan bertemu Trump; beralih ke fasa kedua pelan Gaza

Anggaran Waktu Membaca:
Netanyahu akan bertemu Trump; beralih ke fasa kedua pelan Gaza
Presiden Amerika Donald Trump berbual dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu di Knesset, pada 13 Okt 2025, di Baitulmakdis. (Gambar fail: Evan Vucci/Pool melalui Reuters)
Diterbitkan : 07 Dec 2025 10:25PM Dikemas Kini : 07 Dec 2025 11:19PM
  • Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata pada Ahad (7 Dis) beliau akan bertemu Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada akhir bulan ini, sambil mengatakan bahawa fasa kedua pelan Gaza yang diusahakan presiden Amerika itu semakin hampir dilaksanakan.
  • Pertemuan itu akan membincangkan peluang-peluang untuk kedamaian dan menamatkan pemerintahan kumpulan militan Palestin Hamas di wilayah tersebut, katanya semasa sidang media bersama Canselor Jerman Friedrich Merz.
  • Rundingan mengenai peringkat seterusnya pelan damai Encik Trump untuk mengakhiri perang dua tahun di wilayah Palestin itu masih berterusan.
  • Sejak gencatan senjata bermula, Hamas menyerahkan semua 20 tebusan yang masih hidup dan 27 mayat sebagai pertukaran untuk kira-kira 2,000 rakyat Palestin yang berada dalam tahanan Israel.
Dijana oleh AI
BAITULMAKDIS: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata pada Ahad (7 Dis) beliau akan bertemu Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada akhir bulan ini, sambil mengatakan bahawa fasa kedua pelan Gaza yang diusahakan presiden Amerika itu semakin hampir dilaksanakan.

Pertemuan itu akan membincangkan peluang-peluang untuk kedamaian dan menamatkan pemerintahan kumpulan militan Palestin Hamas di wilayah tersebut, katanya semasa sidang media bersama Canselor Jerman Friedrich Merz.

Rundingan mengenai peringkat seterusnya pelan damai Encik Trump untuk mengakhiri perang dua tahun di wilayah Palestin itu masih berterusan. Ia juga termasuk isu pembebasan tebusan warga Israel dan penubuhan sebuah pemerintah teknokrat sementara Palestin di Gaza, yang diselia oleh "lembaga kedamaian" antarabangsa dan disokong oleh pasukan pengaman antarabangsa.

"Saya akan mengadakan perbualan yang sangat penting pada akhir bulan ini tentang bagaimana untuk memastikan fasa kedua akan dicapai," tambah Encik Netanyahu.

Beliau juga berkata bahawa fasa pertama pelan Presiden Trump hampir selesai.

Keganasan sudah berkurangan tetapi masih belum berhenti sejak gencatan senjata Gaza berkuat kuasa pada 10 Oktober.

Sejak gencatan senjata bermula, Hamas menyerahkan semua 20 tebusan yang masih hidup dan 27 mayat sebagai pertukaran untuk kira-kira 2,000 rakyat Palestin yang berada dalam tahanan Israel. Mayat seorang tebusan masih berada di Gaza.
Sumber : Reuters/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita