Nestle mohon maaf tarik balik susu formula bayi di peringkat global
Anggaran Waktu Membaca:
GENEVA: Nestle pada Rabu (14 Jan) memohon maaf kepada ibu bapa dan penjaga menyusuli tindakan menarik balik secara berjaga-jaga beberapa produk susu formula bayi yang menjejaskan pelbagai negara, selepas mengenal pasti apa yang disifatkannya sebagai “isu mutu” berkaitan bahan yang digunakan dalam pengeluarannya, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Dalam kenyataan yang ditujukan secara langsung kepada pengguna, Ketua Pegawai Eksekutif Nestle Philipp Navratil berkata syarikat itu mengumumkan penarikan balik produk berkenaan minggu lalu “sebagai langkah berjaga-jaga selepas mengenal pasti isu mutu pada satu bahan yang digunakan dalam sebahagian produk kami.”
“Sebelum saya menerangkan situasi ini dengan lebih terperinci, saya ingin terlebih dahulu memohon maaf dengan ikhlas atas kebimbangan dan gangguan yang mungkin dialami oleh ibu bapa, penjaga serta pelanggan kami,” kata Encik Navratil.
Beliau berkata isu mutu itu disahkan pada Disember lalu di satu daripada kilang Nestle di Belanda, sekali gus mendorong tindakan menarik balik secara sukarela di beberapa negara Eropah dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan.
Siasatan lanjut kemudian mengesan punca masalah itu kepada “bahan mentah tertentu daripada seorang daripada pembekal kami.”
Sebaik sahaja sumber dikenal pasti, Nestle menghentikan pengedaran semua produk yang mengandungi bahan terjejas itu dan memperluaskan penarikan balik produk secara berhati-hati pada awal Januari.
“Saya ingin memberi jaminan bahawa setakat ini tiada kes penyakit yang disahkan berkaitan dengan produk yang terjejas,” kata Encik Navratil, sambil menegaskan syarikatnya menganggap lebih penting “untuk bertindak pantas dan telus.”
Dalam satu kenyataan yang diterbitkan di lamannya, Nestle memaklumkan ia mengesan “isu mutu pada bahan yang dibekalkan oleh pembekal utama” dan menjalankan ujian ke atas semua minyak asid arakidonik (ARA) serta campuran minyak berkaitan yang digunakan dalam produk pemakanan bayi yang berpotensi terjejas.
Menurut syarikat itu, minyak ARA digunakan dalam produk pemakanan bayi yang dijual di seluruh dunia, bermakna isu berkenaan menjejaskan pelbagai negara, jenama dan produk. Langkah penarikan balik dilaksanakan mengikut negara selaras dengan peraturan tempatan.
Nestle memaklumkan kumpulan produk yang ditarik balik itu membentuk “kurang 0.5 peratus jualan tahunan kumpulan” dan kesan kewangan dijangka tidak ketara.
“Keselamatan dan kesejahteraan bayi kekal sebagai keutamaan utama kami,” menurut syarikat itu.
Menurut Nestle, penarikan balik membabitkan produk yang diedarkan di lebih 50 negara merangkumi Eropah, benua Amerika, Asia, Oceania dan Afrika.

Sumber : Bernama/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.