Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Nestle guna straw kertas bagi pek minuman Milo UHT mulai Okt

Nestlé (Malaysia) Bhd bakal memulakan penggunaan straw kertas yang disertakan bersama pek minuman Milo UHT 125 mililiter (ml) keluarannya pada suku keempat tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Nestle guna straw kertas bagi pek minuman Milo UHT mulai Okt

Gambar fail straw. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 23 Sep 2019 04:50PM Dikemas Kini : 23 Sep 2019 04:52PM

KUALA LUMPUR: Nestlé (Malaysia) Bhd bakal memulakan penggunaan straw kertas yang disertakan bersama pek minuman Milo UHT 125 mililiter (ml) keluarannya pada suku keempat tahun ini.

Langkah itu tidak hanya dapat mengelak penggunaan 40 juta straw plastik setahun, malah juga menjadikannya syarikat minuman dan makanan pertama di Malaysia yang menggunakan straw kertas bagi pek minuman.

Syarikat berkenaan juga merancang untuk menggunakan straw kertas bagi jenis lain Milo UHT secara berperingkat dengan matlamat menghentikan penggunaan lebih 200 juta straw plastik setahun, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Juan Aranols dalam satu kenyataan pada Ahad (22 Sep).

“Ini merupakan sumbangan terbaru kami bagi ikrar Nestlé untuk memastikan penggunaan pembungkusan yang 100 peratus boleh dikitar semula atau diguna semula menjelang 2025.

“Tindakan ini juga sebahagian daripada komitmen untuk terus meninjau penyelesaian secara agresif dalam usaha kami menerusi kempen Perangi Sisa Plastik yang sedang dijalankan,” jelasnya.

Nestlé Malaysia bahkan sudahpun melaksanakan pelbagai inisiatif dalam kempen Perangi Sisa Plastik dan akan terus membangunkan penyelesaian yang bercirikan mesra alam.

Ekoran itu, dua pertiga daripada keseluruhan pembungkusan plastiknya kini direka bagi tujuan kitar semula.

Pada masa sama, syarikat itu juga terus membangunkan serta menguji bahan dan sistem pembungkusan mesra alam dengan pihak seperti pusat pembangunan, pembekal, institusi penyelidikan serta syarikat pemula niaga. 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan