Nepal lantik mantan ketua hakim negara sebagai PM baharu
Anggaran Waktu Membaca:
Bekas Ketua Hakim Nepal Sushila Karki di Kathmandu pada 30 Januari 2019. (Gambar fail: REUTERS/Stringer)
NEW DELHI: Seorang mantan ketua hakim Mahkamah Agung dilantik sebagai perdana menteri baharu Nepal, sedang negara itu berusaha kembali normal selepas berhari-hari dilanda tunjuk perasaan antipemerintah yang bertukar ganas.
Sushila Karki, 73 tahun, dilantik sebagai perdana menteri sementara pada Jumaat (12 Sep) oleh Presiden Ram Chandra Poudel setelah beliau diterima oleh gerakan tunjuk perasaan yang dipimpin anak muda.
Pada 2016, Cik Sushila Karki mencatat sejarah sebagai wanita pertama dilantik ketua hakim negara dalam sejarah Nepal.
Ibu negara Kathmandu menyaksikan kebakaran besar dan vandalisme sejak beberapa hari lalu apabila tunjuk perasaan bertukar ganas pada Isnin, dengan sekitar 20 penunjuk perasaan terbunuh dalam pertempuran dengan polis.
Encik Khadga Prasad Sharma Oli meletak jawatan sebagai perdana menteri pada Selasa menyusuli keganasan itu.

Sumber : Reuters/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.