Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Nepal digesa perketat peraturan mendaki untuk kurangkan kematian di Everest

Anggaran Waktu Membaca:
KATHMANDU: Pendaki yang lemah, dipimpin mendaki Gunung Everest oleh pengendali ekspedisi kurang pengalaman menyebabkan masalah, kata seorang malim gunung veteran pada Ahad (4 Jun).

Justeru, Nepal digesa memperketatkan syarat pendakian Gunung Everest menyusuli kematian pendaki yang meningkat dengan ketara tahun ini.

Sekurang-kurangnya 12 pendaki maut manakala lima lagi hilang dan dikhuatiri mati di Gunung Everest setinggi 8,849 meter (29,032 kaki) itu ketika musim pendakian utama tahun ini yang baru sahaja berakhir.

Ia adalah musim pendakian paling buruk sejak berlakunya gempa bumi pada 2015 yang menyebabkan runtuhan salji, meragut 18 nyawa.

"Pendaki yang lemah dengan pengendali kurang berpengalaman adalah sebahagian daripada masalah," kata Guy Cotter, 69 tahun, di ibu kota Nepal, Kathmandu.

Cotter ialah jurupandu terkenal dari New Zealand, yang berpengalaman mendaki Gunung Everest sebanyak lima kali.

"Pendaki perlu mempunyai standard pendakian minimum serta rekod pendakian yang terbukti sebelum datang ke Everest," tambahnya.

Tiga malim gunung terbunuh selepas air batu menimpa mereka di bahagian bawah gunung pada April, manakala mangsa lain mati akibat sakit atau keletihan, menurut pegawai pemerintah dan pendakian.

Nepal mengawal pendakian di Everest dan puncak lain di Himalaya, dengan mewajibkan setiap pendaki mendapatkan permit. Namun Encik Cotter berkata pengendali yang membimbing pendaki juga harus memenuhi piawaian minimum bagi peralatan dan kakitangan.

"Terdapat ramai pengendali yang membawa pelanggan ke Everest namun tidak memahami cara untuk mengelak tragedi berlaku, dan apabila satu perkara buruk berlaku, mereka tidak mempunyai prosedur untuk menangani masalah tersebut," kata Encik Cotter.

Seorang pegawai Jabatan Pelancongan yang menyelia pendakian, Bigyan Koirala berkata pemerintah sedang mempertimbangkan lebih banyak peraturan, namun tidak memberikan butiran lanjut.

Nepal mengeluarkan jumlah rekod permit, iaitu 478 bagi pendakian di Everest tahun ini. Ratusan pendaki berjaya sampai ke puncak.
Sumber : Today/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan