Nepal beri M'sia tempoh lima hari lagi cari pendaki Everest yang hilang
Anggaran Waktu Membaca:
Pendaki Malaysia Muhammad Hawari Hashim, 33 tahun. (Gambar: Astro AWANI)
KUALA LUMPUR: Misi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023) orang kurang upaya (OKU) pendengaran, Muhammad Hawari Hashim, 33 tahun, akan diteruskan selepas mendapat ihsan daripada pihak berkuasa Nepal yang mengendalikan aktiviti mendaki ke puncak tertinggi dunia itu.
Ketua Misi ME2023 yang juga Presiden Kelab Eksplorasi Altitude Malaysia, Azim Afif Ishak, 33 tahun, berkata, pihak berkuasa Nepal menutup aktiviti mendaki ke puncak Everest bermula pada Isnin (29 Mei) dan dengan bantuan Kedutaan Malaysia di Nepal, pihaknya sudah mendapat lanjutan tempoh lima hari bagi meneruskan misi SAR Muhammad Hawari.
Menurutnya, misi SAR itu akan menggunakan dua dron berteknologi tinggi membabitkan seorang pendaki, Tiong Ling Yang, 30 tahun; Pengurus Pasukan ME2023 tahun, Ayu Wanirah Naharuddin, 30 tahun, dan seorang malim gunung yang berpusat di Kem Dua kawasan pergunungan itu.

"Misi SAR ini dijangka bermula esok dan ia bergantung kepada kelulusan pihak berkuasa kastam negara itu yang masih belum memberi pelepasan kepada satu dron yang dihantar melalui kargo dari Malaysia pada Sabtu lalu.
"Sekiranya mendapat pelepasan kami akan bertolak esok dari Kathmandu ke Kem Dua menggunakan helikopter bagi menyambung misi SAR," katanya ketika dihubungi pada Isnin, menurut Sinar Harian.
Kehilangan Muhammad Hawari memasuki hari ke-11 pada Isnin. Beliau dilaporkan hilang selepas meninggalkan Kem Empat pada 19 Mei lalu.
Sebelum itu pada 18 Mei, beliau dilaporkan berjaya menawan puncak Everest pada jam 3.30 petang waktu Nepal, dipetik daripada Sinar Harian.
Pada Sabtu lalu, satu perbincangan membabitkan Kedutaan Malaysia di Nepal yang dihadiri Kuasa Usaha Sementara, Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu, Mohd Fadzle Abu Hasan diadakan bagi memohon permit khas kepada kerajaan Nepal untuk meneruskan misi SAR.
Encik Azim berkata, sebelum ini mereka sudah membawa satu dron dan ia boleh melakukan pengesanan sehingga melebihi aras 8,000 meter dari aras laut serta kawasan berbahaya yang tidak boleh dimasuki anggota penyelamat dan malim gunung.
Jelasnya, sekiranya inisiatif dron itu berjaya mengesan objek, sut pakaian atau kelengkapan lain yang digunakan Muhammad Hawari, barulah malim gunung ditugaskan ke kawasan itu bagi membuat pengecaman.
"Inisiatif ini dapat menjimatkan kos dan lebih efektif. Pada masa sama kami juga sudah melantik 10 malim gunung yang sentiasa bersiap sedia untuk melakukan tugasan sekiranya diperlukan.
"Misi SAR selama lima hari ini juga bergantung kepada keadaan cuaca dan sekiranya masih berdepan jalan buntu mungkin akan membuat suatu ketetapan sama ada untuk meneruskan atau tamatkan yang akan diputuskan dalam masa terdekat," ujarnya, lapor Sinar Harian.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.