Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Nepal adakan pilihan raya, 18 juta orang layak mengundi

Anggaran Waktu Membaca:
Nepal adakan pilihan raya, 18 juta orang layak mengundi

Gambar: AFP/Prakash Mathema

Diterbitkan : 20 Nov 2022 07:22PM Dikemas Kini : 20 Nov 2022 07:22PM
KATHMANDU: Nepal mengadakan pilihan raya pada Ahad (20 Nov)
yang keempat sejak negara Himalaya itu
menamatkan sistem pemerintahan beraja.

Pilihan raya diadakan di tengah-tengah kos sara hidup yang meningkat dan kekurangan pekerjaan.

Kira-kira 18 juta orang layak mengundi untuk memilih 275 anggota parlimen.

Keadaan politik yang tidak stabil menyebabkan Nepal ditadbir 13 pemerintah berbeza dalam tempoh 16 tahun yang lalu.

Perdana Menteri Nepal bertukar beberapa kali - kebanyakannya berkhidmat kurang daripada setahun - dan budaya kerap menyusun perniagaan mencetuskan persepsi bahawa kerajaan tidak berhubung dengan masalah mendesak Nepal.

Beberapa muka muda bertanding buat pertama kali, menentang parti-parti yang sudah mapan yang pemimpinnya sudah berkuasa selama beberapa dekad.

Walaupun penganalisis menjangkakan veteran politik Nepal yang berakar umbi akan kembali mendominasi perhimpunan akan datang, ramai pengundi sudah hilang kepercayaan terhadap situasi kini dan keinginan untuk perubahan dapat dirasai.

"Setiap pihak bergilir-gilir dalam kerajaan sejak lima tahun lalu dan mereka tidak melakukan apa-apa," kata Chiranjibi Dawadi, seorang pemandu, kepada AFP.
Sumber : AFP/HY/hy

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa