Nenek berusia 107 tahun ini masih bertenaga lakukan aksi silat
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: TikTok/nikfarahaina)
KUALA LUMPUR: Memiliki usia yang lanjut merupakan satu nikmat yang diberikan Tuhan.
Banyak masa boleh diluangkan dengan keluarga seperti anak cucu dan sanak-saudara. Namun, jika usia sudah lanjut, badan akan kurang bertenaga.
Tetapi lain pula dengan seorang nenek yang berusia 107 tahun ini apabila video beliau kelihatan semangat dan cergas tular serta mencuri tumpuan ramai.
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang nenek sedang membuat aksi silat di rumah sambil dirinya dirakam.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila beliau masih bertenaga dan kelihatan cergas melakukan aksi silat.
Beliau berasal dari Kelantan dan orang ramai mengenalinya sebagai Bonda Moksu Pantai Sabak Kelantan. Difahamkan, beliau juga sezaman dengan Mat Kilau dan pahlawan hebat yang lain, lapor Says MY.
"Aku yang umur 18 ini sakit belakang lah, sendi lah, lutut lah. Dah lah setiap kali sujud atau rukuk tulang bunyi patah seribu," tulis seorang netizen.
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.6 juta tontonan, 118,000 tanda suka dan 3,000 komen di TikTok, rata-rata netizen turut kagum dengan nenek itu.

Sumber : Sumber Web/HY/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.