Skip to main content

Dunia

Nelayan Johor buat aduan insiden pertengkaran dengan Polis Pengawal Pantai SG

Anggaran Waktu Membaca:
Nelayan Johor buat aduan insiden pertengkaran dengan Polis Pengawal Pantai SG

Insiden pertengkaran mulut melibatkan sekumpulan nelayan Malaysia dan Polis Pengawal Pantai Singapura. (Gambar: Petikan skrin video media sosial)

Diterbitkan : 25 Oct 2022 07:30AM Dikemas Kini : 25 Oct 2022 09:48AM
JOHOR BAHRU: Satu aduan polis dibuat wakil nelayan tempatan pada Isnin (24 Okt) susulan insiden pertengkaran mulut antara kumpulan nelayan berkenaan dan Polis Pengawal Pantai Singapura seperti tular di media sosial petang Ahad.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Rahmat Ariffin berkata pihaknya menerima laporan itu pada 2.30 petang tadi dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

"Terkesan satu video tular melalui media sosial berdurasi lebih dua minit menunjukkan satu insiden pertengkaran mulut melibatkan sekumpulan nelayan Malaysia dan 'Coast Guard Singapura' berlaku di perairan Malaysia berhampiran sempadan Singapura.

"Satu aduan polis telah dibuat oleh wakil nelayan Malaysia yang terlibat serta siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin malam.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

Terdahulu, media melaporkan sekumpulan 10 nelayan tempatan mendakwa dihalau pihak berkuasa Singapura ketika memasang jaring udang di kawasan Pasir Laba, berhampiran Jambatan Linkedua, Iskandar Puteri, 5.30 petang Ahad.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar Pandak Ahmad dilapor berkata mengakui kesal dengan tindakan pihak berkuasa Singapura itu apabila kumpulan nelayan berkenaan mendakwa dihalau dengan kata-kata kesat.
Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita