Nelayan akhiri hubungan cinta, pukul kekasih sehingga maut
Hubungan cinta yang terjalin selama lima bulan lalu hancur berkecai dalam hanya beberapa saat bila sang lelaki menghayun topi keledar di kepala kekasihnya akibat dituduh mengadakan hubungan sulit dengan wanita lain.
(Gambar fail: TODAY)
GEORGE TOWN: Hubungan cinta yang terjalin selama lima bulan lalu hancur berkecai dalam hanya beberapa saat bila sang lelaki menghayun topi keledar di kepala kekasihnya akibat dituduh mengadakan hubungan sulit dengan wanita lain.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Che Zaimani Che Awan, berkata kejadian itu berlaku selepas pasangan tersebut bertengkar di Persiaran Bayan Indah di Pulau Pinang tengah malam Isnin (1 Apr).
Pasangan wanita itu maut disyaki dipukul kekasihnya, seorang nelayan, dengan topi keledar di bahagian kepala, akibat berang dituduh curang.
Encik Che Zaimani berkata mangsa, yang merupakan seorang tukang masak di sebuah hotel, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 5.00 pagi ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang ekoran kecederaan parah di kepala.
"Polis telah menahan teman lelaki mangsa yang berumur 55 tahun untuk siasatan lanjut kes ini, yang dibuat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
"Suspek juga didapati mempunyai tujuh rekod tangkapan lampau berkaitan dadah," katanya.
Beliau berkata orang ramai yang menyaksikan kejadian itu berjaya menghalang suspek yang dipercayai mabuk ketika itu daripada terus memukul mangsa. Mereka menghantar mangsa ke hospital.
Pasangan itu baru sahaja menjalin hubungan lima bulan lalu, walaupun mereka sudah mengenali satu sama lain sejak 15 tahun lalu, kata Encik Che Zaimani.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.