Skip to main content

Dunia

Negeri Sembilan tarik balik darjah kebesaran Najib, Rosmah

Mesyuarat Khas Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Sembilan hari ini (26 Okt) memutuskan pemberian darjah kepada mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor ditarik balik serta-merta.

Anggaran Waktu Membaca:
Negeri Sembilan tarik balik darjah kebesaran Najib, Rosmah

Mantan Perdana Menteri Najib Razak bersama isterinya Rosmah Mansor. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 26 Oct 2018 04:43PM Dikemas Kini : 26 Oct 2018 04:46PM

SEREMBAN: Mesyuarat Khas Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Sembilan hari ini (26 Okt) memutuskan pemberian darjah kepada mantan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor ditarik balik serta-merta.

Pendaftar Darjah, Dr Razali Ab Malik dalam kenyataan di sini berkata ia membabitkan pemberian Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (S.P.N.S) kepada Encik Najib pada tahun 2005 mengikut Warta Kerajaan Jilid 59 No.5 bertarikh 2 Mac 2006.

Katanya mesyuarat yang diadakan di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah itu juga memutuskan untuk menarik balik Darjah Seri Paduka Tuanku Ja’afar Yang Amat Terpuji (S.P.T.J) yang diberikan kepada Rosmah pada tahun 2006 mengikut Warta Kerajaan Jilid 59 No.23 Tambahan 1 bertarikh 9 Nov 2006.

“Keputusan ini bertujuan menjaga kebesaran dan kehormatan Institusi Diraja Negeri Sembilan,” kata Razali.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita