Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Negeri Sembilan ikut jejak langkah Selangor, isytihar 18 Nov hari cuti umum

Anggaran Waktu Membaca:
Negeri Sembilan ikut jejak langkah Selangor, isytihar 18 Nov hari cuti umum

Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan Razali Ab Malik (Gambar fail: BERNAMA)

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan turut mengumumkan cuti umum pada 18 November, sehari sebelum hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Setiausaha Kerajaan Negeri Razali Ab Malik berkata perkara itu diputuskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan pada Rabu (9 Nov). 

Katanya, cuti umum pada hari berkenaan bagi memberi laluan kepada pengundi menunaikan tanggungjawab mengundi dalam PRU15.

"Cuti umum ini adalah untuk menggalakkan rakyat di negeri ini membuat persiapan dan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dalam PRU15 pada 19 Nov," katanya dalam kenyataan pada Rabu (9 Nov). 

Terdahulu, Kerajaan Negeri Selangor bersetuju memberi cuti umum sehari sebelum hari pengundian. 

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November sebagai hari mengundi manakala 15 November ialah hari pengundian awal.
Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan