Negara Teluk beri "amaran terakhir" kepada Iran
Anggaran Waktu Membaca:
Menteri Luar Turki Hakan Fidan. (Gambar fail: BERNAMA)
ISTANBUL: Negara-negara Arab memberi "amaran terakhir" kepada Iran berhubung serangan ke atas wilayah mereka, kata Menteri Luar Turki Hakan Fidan, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Encik Fidan mengadakan lawatan ke rantau itu minggu ini, dan pada Khamis (19 Mac) beliau menyertai mesyuarat bersama menteri-menteri luar dari 11 negara termasuk Arab Saudi, UAE, Qatar, Bahrain, Kuwait, dan Jordan.
"Negara Teluk kini berada di bawah serangan sengit. Mereka tertanya-tanya mengapa Iran menyasarkan wilayah mereka, dengan menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai kaitan dengan peperangan ini. Mereka menyifatkan serangan ini sebagai tidak berasas dan mereka harus bertindak balas.
“Sejak awal lagi, negara ini telah menyatakan bahawa ruang udara dan pangkalan di wilayah mereka tidak akan digunakan untuk serangan terhadap Iran," lapor TRT Haber memetik kenyataan menteri itu.

Sumber : Bernama/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.