Negara-negara harus berusaha pastikan dagangan kekal terbuka: Vivian Balakrishnan
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Facebook/ Vivian Balakrishnan
KIGALI: Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan menggesa negara-negara agar bekerjasama bagi pemulihan pasca COVID yang inklusif, dan memastikan perdagangan antarabangsa kekal terbuka dan boleh diramalkan.
Dr Balakrishnan berucap kepada menteri-menteri luar dari lebih 50 negara menjelang mesyuarat Ketua-ketua Pemerintah Komanwel (CHOGM) di Rwanda yang bermula pada Jumaat (24 Jun).
Menurut beliau, banyak pengajaran boleh ditimba daripada pandemik COVID-19.
Dr Balakrishnan menarik perhatian empat perkara yang katanya adalah kunci untuk mengukuhkan keupayaan negara-negara menangani cabaran sejagat pada masa depan.
Beliau menekankan pentingnya memastikan rantaian bekalan yang andal dan perlunya untuk mengelakkan jurang digital yang semakin meluas, sambil mempercepatkan pendigitalan.
Dr Balakrishnan juga bercakap tentang pentingnya daya tahan, kepercayaan dan modal sosial dalam memastikan masyarakat dapat mengharungi krisis masa depan.
Dr Balakrishnan turut menggesa bagi sistem berbilang pihak yang lebih responsif dan inklusif.
Tegas beliau, tidak wajar bagi negara-negara untuk mengamalkan ekonomi tertutup khususnya negara yang kecil.
Singapura adalah rakan dagang terbesar Rwanda dan kedua-dua negara merupakan anggota Forum Negara-negara Kecil (FOSS). Singapura adalah pengerusi kumpulan tidak rasmi itu.
Mesyuarat Menteri-Menteri Luar CHOGM itu mendahului Mesyuarat Ketua-ketua Pemerintah, bermula hari ini yang dihadiri Perdana Menteri Lee Hsien Loong.
Encik Lee disambut oleh Menteri Negara bagi Ehwal Luar dan Kerjasama Antarabangsa Rwanda, setibanya di ibu kota, Kigali.
PM Lee dijadual bertemu para pemimpin Komanwel pada hari-hari akan datang untuk membincangkan isu-isu global,
dan mengesahkan hubungan dengan rakan-rakan kerjasama Singapura.
Semasa sidang CHOGM itu para pemimpin akan mengkaji perkembangan Komanwel dan membincangkan isu-isu seperti tenaga hijau, kenaikan harga makanan dan perang di Ukraine.
Mesyuarat itu pada mulanya dijadualkan berlangsung pada Jun 2020, tetapi telah ditangguhkan dua kali kerana pandemik COVID-19.

Sumber : CNA/MM/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.