Negara-negara asing mula buka kedutaan di Afghanistan
Lebih banyak kedutaan asing bakal dibuka di Afghanistan,kata Menteri Luar Negeri Amir Khan Mutaqqi.

(Gambar: Reuters)
KABUL: Lebih banyak kedutaan asing bakal dibuka di Afghanistan,kata Menteri Luar Negeri Amir Khan Mutaqqi.
Katanya, ini menunjukkan pentadbiran baru yang diterajui Taliban itu mula mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.
Beliau berkata antara negara yang akan membuka kedutaan mereka di Afghanistan termasuk Turki, Itali dan Jerman yang juga merupakan negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
“Kebanyakkan negara misalnya Pakistan, Turkmenistan, Kazakhstan dan Iran sudah mula membuka kedutaan mereka (di sini).
"Sementara Jerman turut disahkan akan membukanya (kedutaan) dalam minggu ini," katanya kepada Bernama menerusi penterjemah bahasa ketika ditemui di pejabatnya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.