Negara-negara ASEAN akan utamakan keperluan beras anggotanya
Anggaran Waktu Membaca:
Indonesia merupakan salah satu pengeluar utama beras di dunia, tanaman yang mempunyai jejak karbon yang tinggi.
KUALA LUMPUR: Negara-negara Asia Tenggara bersetuju untuk mengutamakan membantu antara satu sama lain untuk menangani kekurangan bekalan beras dan masalah berkaitan makanan yang lain.
Demikian menurut Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia Mohamad Sabu.
Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) mencapai kata sepakat itu di mesyuarat di Kuala Lumpur minggu ini, kata Encik Mohamad Sabu pada Jumaat (6 Okt).
"Kerjasama ASEAN bermakna, jika kita berdepan isu berkaitan beras, negara anggota ASEAN akan berikan keutamaan kepada negara ASEAN dahulu," katanya.
Vietnam, Kemboja dan Thailand berkata mereka akan menimbangkan sebarang permintaan baharu bagi import tambahan, kata Encik Mohamad.
Malaysia, yang mengimport kira-kira 38 peratus keperluan berasnya, merupakan di antara negara terjejas oleh pengeksport utama seperti India yang mengehadkan kiriman beras.
Kerajaan tersebut pada Isnin (2 Okt) mengumumkan subsidi dan langkah-langkah lain untuk mengimbangi kenaikan harga beras dan memastikan bekalan yang cukup di pasar.

BACA:
Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.