Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Negara mana waktu berpuasa paling panjang dan pendek pada tahun ini?

Seperti dua tahun lalu, puasa tahun ini juga disambut dalam keadaan dunia masih berdepan ancaman COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Negara mana waktu berpuasa paling panjang dan pendek pada tahun ini?

Gambar hiasan umat Islam Saudi berbuka puasa. (Gambar: AFP/AMER HILABI)

Diterbitkan : 03 Apr 2022 04:52PM Dikemas Kini : 03 Apr 2022 04:52PM

KUALA LUMPUR: Seperti dua tahun lalu, puasa tahun ini juga disambut dalam keadaan dunia masih berdepan ancaman COVID-19.

Lebih satu bilion umat Islam di seluruh dunia melaksanakan ibadah puasa di siang hari selama sebulan, yang bermula pada awal April.

Ada negara yang meraikan kedatangan 1 Ramadan pada 2 April, tidak kurang sebahagian daripadanya yang mula berpuasa semalam.

Bulan suci ini bermula kira-kira dua minggu lebih awal setiap tahun dan bagi sesetengah negara di dunia, ia akan beralih dari musim panas yang lebih panjang dan lebih panas menuju ke musim sejuk yang lebih pendek dan sejuk.

Di Malaysia, umat Islam akan berpuasa sekitar 13 hingga 14 jam, menurut laporan Astro AWANI.

Tetapi negara manakah yang mempunyai waktu siang paling lama dan negara manakah yang akan mempunyai puasa paling singkat?

Memetik The National News, New Zealand, Argentina serta Afrika Selatan menjadi lokasi paling pendek mengerjakan Ramadan pada tahun ini, dengan masing-masing akan berpuasa sekitar 11 dan 12 jam.

Sementara itu, umat Islam di bandar Reykjavík, Iceland, dijangka mengerjakan ibadah puasa paling lama dengan sekitar 16 jam dan 50 minit.

Pada tahun lalu, Norway, Greenland serta Finland menjadi bandar yang paling lama menjalani tempoh Ramadan iaitu selama 20 jam.

JENDELA RAMADAN AL-MUBARAK

Di negara-negara di mana matahari terbenam dan matahari terbit yang jaraknya kurang dari tiga jam, fatwa membolehkan penduduk di negara terlibat mengikuti waktu di bandar-bandar lain.

Sebagai contoh, ramai yang akan mengikut waktu berpuasa di Makkah, Arab Saudi.

Sama seperti tahun sebelum ini, Arab Saudi dan sebahagian besar umat Islam di negara Asia Barat akan berpuasa sekitar 15 jam sehari.

Ramadan paling pendek mengikut negara:
Johannesburg, Afrika Selatan: 11 hingga 12 jam

Buenos Aires, Argentina: 11 hingga 12 jam

Cape Town, Afrika Selatan: 11 hingga 12 jam
Christchurch, New Zealand: 11 hingga 12 jam

Ciudad del Este, Paraguay: 11 hingga 12 jam

Montevideo, Uruguay: 11 hingga 12 jam

Brasilia, Brazil: 12 hingga 13 jam

Harare, Zimbabwe: 12 hingga 13 jam

Ramadan paling panjang mengikut negara:

Reykjavík, Iceland: 16 jam dan 50 minit

Warsaw, Poland: 15 jam

London, England: 15 jam

Paris, Perancis: 16 hingga 17 jam

Sumber : Agensi berita/AW/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa