Negara luar beri reaksi positif keputusan mahkamah berhubung kes SRC Najib
Anggaran Waktu Membaca:
Bekas Perdana Menteri Malaysia Najib Razak. (Gambar: Arif Kartono / AFP)
KUANTAN: Keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap rayuan akhir kes penyelewengan dana SRC oleh Najib Razak adalah bukti sistem kehakiman negara masih berintegriti tinggi, bebas, telus dan menjamin keadilan.
Malah menurut Menteri Luar, Saifuddin Abdullah, negara-negara luar melihat keputusan tersebut sebagai sangat positif dan beranggapan kerajaan Malaysia kini benar-benar berusaha memerangi rasuah dan tidak mencampuri urusan badan kehakiman.
Tambah Encik Saifuddin, kesan positif juga terhadap pelabur-pelabur asing yang akan mempengaruhi keyakinan mereka terhadap suasana pelaburan di negara ini, seperti dinukil daripada Astro AWANI.
"Keputusan jelas sekali menunjukkan yang sistem kehakiman kita adalah bebas dan tidak dipengaruhi oleh politik atau mana-mana kuasa yang lain sedikit sebanyak ia membantu imej Malaysia di persada antarabangsa.
"Bagi penganalisis ekonomi dan perdagangan ini penting termasuk juga bagi bakal-bakal pelabur kerana mereka hendak lihat sejauh mana negara ini mempunyai sistem kehakiman yang boleh mereka percayai kalau mereka datang ke sini. Manalah tahu sekiranya mereka pun ada isu yang hendak dibawa ke mahkamah ini antara benda yang didebatkan sebelum ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas melawat Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Jeram di Kuantan pada Rabu (24 Ogos), lapor Astro AWANI.
Dari sudut lain kata Encik Saifuddin, kes ini juga menyentuh ahli Bersatu kerana Presidennya pernah dipecat ekoran lantang mempersoalkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Bagi Encik Saifuddin, memerangi rasuah perlu diperjuangkan oleh semua pihak sama ada daripada parti-parti politik, NGO mahupun daripada individu walaupun prosesnya memakan masa, lapor Astro AWANI.
"Sedikit sebanyak beliau menyuntik semangat kepada ahli-ahli Bersatu untuk teruskan perjuangan dan di samping itu kepada rakyat Malaysia juga ini adalah suatu tanda yang sangat-sangat significant bahawa kita tidak boleh jemu dan tidak boleh takut untuk menegakkan kebenaran dan keadilan menghapuskan rasuah dan menegakkan integriti serta menamatkan politik wang," katanya lagi.
Pada 2015, Encik Najib pernah menggugurkan Muhyiddin Yassin daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri ketika skandal 1MDB di puncak perhatian dan turut dipecat daripada Kabinet adalah Mohd Shafie Apdal yang juga mempersoalkan isu 1MDB ketika itu.
Mahkamah Persekutuan pada Selasa (23 Ogos) mengekalkan sabitan dan hukuman penjara selama 12 tahun serta denda RM210 juta (S$65.3 juta) terhadap Encik Najib berhubung penyelewengan dana SRC International sebayak RM42 juta (S$13 juta).

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.