Negara Liga Arab sepakat naikkan sumbangan kepada UNRWA
Lebih banyak negara termasuk Liga Arab menambah bantuan kewangan kepada Agensi Pelarian Palestin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA).
KAHERAH: Lebih banyak negara termasuk Liga Arab menambah bantuan kewangan kepada Agensi Pelarian Palestin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA).
Ketua Liga Arab Ahmed Aboulgheit berkata demikian selepas mesyuarat dengan para menteri ehwal luar Arab di Kaherah.
Mereka membincangkan masa depan operasi UNRWA selepas Amerika Syarikat mengumumkan akan menarik balik dana AS$200 juta (S$275 juta)untuk pertubuhan itu.
Ketua Pesuruhjaya UNRWA, Pierre Krahenbuhl yang menghadiri mesyuarat itu menggesa negara-negara Arab supaya menambah bantuan dan mengotakan janji bagi menyokong lebih 500,000 pelarian Palestin.
Tiga negara teluk telah mengumumkan sejumlah AS$150 juta (S$206 juta) dana bagi UNRWA tahun ini.
Negara-negara lain pula sudah membuat sumbangan baru atau menaikkan sumbangan untuk pertubuhan tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.