Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Negara kecil seperti S’pura mesti ganding bahu perjuang kepentingan bersama, tekan PM Lee

Negara-negara kecil mesti bekerjasama untuk memperjuangkan kepentingan bersama dan mengukuhkan pengaruh masing-masing di peringkat antarabangsa, menurut Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Rabu (26 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 26 Sep 2019 08:04AM Dikemas Kini : 26 Sep 2019 08:46PM

NEW YORK: Negara-negara kecil mesti bekerjasama untuk memperjuangkan kepentingan bersama dan mengukuhkan pengaruh masing-masing di peringkat antarabangsa, menurut Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Rabu (26 Sep).

PM Lee berkata demikian semasa berucap di jamuan yang dihoskan beliau untuk para anggota Forum Negara-Negara Kecil, iaitu kumpulan tidak rasmi yang dianggotai lebih 100 negara, yang dilancarkan oleh Singapura pada 1992.

Menurut PM Lee, negara-negara kecil boleh dan mesti menyumbang kepada usaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, kerana ia adalah bagi kebaikan masing-masing untuk memiliki sistem berbilang pihak yang kukuh.

Ia juga penting untuk menyokong sistem berdasarkan peraturan, dan mencari huraian berkekalan bagi menangani cabaran-cabaran yang dihadapi semua negara, tambah PM Lee.

Beliau menjelaskan ini kerana negara-negara kecil tidak memiliki kerelevanan intrinsik terhadap kaedah sistem antarabangsa.

PM Lee memberi contoh perubahan iklim dan kenaikan paras air laut yang kian meningkat sebagai ancaman kepada negara-negara pulau, di Asia Tenggara, Lautan Hindi, Caribbean dan Pasifik Selatan.

Satu lagi contoh adalah taufan Dorian yang melanda Bahamas baru-baru ini - yang PM Lee menyifatkan sebagai "peringatan yang menggerunkan" mengenai kelemahan negara-negara kecil.

Bagaimanapun, PM Lee berkata meskipun negara-negara kecil mempunyai kelemahan, ia tidak bermakna mereka tidak berdaya atau tidak memiliki sumber.

Beliau menjelaskan bahawa negara-negara kecil juga mempunyai kelebihan masing-masing dan kerana kelebihan itu mereka berupaya bertindak dengan pantas dan mampu menyesuaikan diri dan memberi respons lebih tangkas terhadap keadaan yang kian berubah-ubah. PM Lee juga menambah bahawa perasaan tidak selamat dan paranoia yang dialami negara-negara kecil, boleh mendorong mereka untuk menangani cabaran-cabaran dan ancaman dengan lebih berkesan.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan