Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Negara kaya ambil kakitangan jagaan dari negara lebih miskin; cetus kebimbangan

Anggaran Waktu Membaca:
Negara kaya ambil kakitangan jagaan dari negara lebih miskin; cetus kebimbangan

Gambar fail seorang jururawat. (Gambar: AFP/Nicolas Asfouri)

Diterbitkan : 25 Jan 2022 09:14PM Dikemas Kini : 25 Jan 2022 09:14PM

GENEVA :Pandemik COVID-19 bukan saja menyebabkan kekurangan pekerja, malah jurang antara negara kaya dengan yang miskin juga tidak membantu keadaan, lapor Reuters.

Gelombang jangkitan COVID-19 yang didorong oleh Omicron menyebabkan negara kaya mengambil jururawat dari negara yang lebih miskin di dunia, ini memburukkan lagi kekurangan kakitangan yang teruk menurut Majlis Jururawat Antarabangsa (ICN).

Malah sebelum pandemik COVID-19, sudah terdapat kekurangan 6 juta jururawat di dunia.

Negara-negara barat kini mengambil kakitangan tentera, sukarelawan dan pesara untuk mengatasi kekurangan itu.

Namun, jururawat sering tertarik kepada gaji yang lebih besar dan faedah tambahan di luar negara berbanding pekerjaan di negara sendiri.

Sumber : Agensi berita/AZ/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa