Negara Barat usul peraturan tindak balas pandemik semasa mesyuarat WHO
Anggaran Waktu Membaca:
GENEVA: Negara-negara Barat yang diterajui oleh Amerika Syarikat, Perancis dan Jerman menggesa satu perjanjian dimeterai untuk memperkukuhkan peraturan tindak balas pandemik semasa mengadakan mesyuarat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Selasa (28 Mei).
Ini selepas negara-negara anggota gagal mencapai satu perjanjian pandemik.
Tiada persetujuan dicapai pada perjanjian minggu lalu sebelum berlangsung Perhimpunan Kesihatan Sedunia minggu ini dengan perpecahan yang mendalam dan pertikaian antara negara-negara kaya dan miskin mengenai isu-isu seperti perkongsian vaksin dan pembiayaan dana yang boleh memakan masa selama berbulan-bulan atau bahkan bertahun-tahun untuk dipersetujui.
Walau bagaimanapun, satu kemas kini pada undang-undang sedia ada, dikenali sebagai Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR), yang merangkumi sistem amaran berperingkat bagi darurat kesihatan global, hampir dipersetujui.
"Saya memohon agar kita memberi tumpuan kepada IHR supaya kita dapat mencapai satu kejayaan, kerana ia terbukti dapat memberi perlindungan lebih berkesan kepada seluruh dunia," kata Menteri Kesihatan Jerman Karl Lauterbach kepada 194 negara anggota di mesyuarat tahunan WHO.
"Jika kita memberi tumpuan kepada IHR, kita semua akan menjadi sebahagian daripada peluang bersejarah ini," katanya lagi sambil menggesa perjanjian pandemik dimuktamadkan dalam tempoh setahun.
Perancis, Norway, Ireland dan Amerika Syarikat pada Selasa juga menggesa perjanjian IHR dipersetujui minggu ini.
Sesetengah negara mempersoalkan pendekatan tersebut, dengan Uganda dan Tanzania menggesa kedua-dua IHR dan perjanjian pandemik dipersetujui secara bersama-sama, sambil membayangkan kedua-dua rundingan itu perlu dilanjutkan.
Untuk mengatasi apa yang dilihat sebagai penimbunan isu era COVID-19, negara-negara Afrika sedang mencari sistem baharu yang akan menyimpan sekurang-kurangnya 20% daripada ujian, rawatan dan vaksin untuk negara-negara yang lebih miskin, antara pembaharuan utama lain sekiranya berlaku pandemik lain.
Rundingan akan disambung semula dalam format gabungan baharu pada Rabu (29 Mei), dengan perhimpunan itu dijadual berakhir pada 1 Jun.

Sumber : Reuters/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.