Skip to main content

Dunia

Negara Barat ikrar bantuan ketenteraan AS$1.55 bilion kepada Ukraine

Anggaran Waktu Membaca:
Negara Barat ikrar bantuan ketenteraan  AS$1.55 bilion kepada Ukraine

(Gambar: Sergei Supinsky/Getty Images/AFP)

COPENHAGEN: Negara-negara Barat pada Khamis (11 Ogos) memberi komitmen untuk menyumbang lebih €1.5 bilion (S$2.12 bilion) dalam bentuk wang tunai, peralatan dan latihan untuk mempertingkatkan keupayaan ketenteraan Ukraine dalam perang ke atas Rusia.

Demikian menurut Menteri Pertahanan Denmark, Morten Bodskov.

Dana tersebut disumbangkan oleh 26 negara semasa persidangan di Copenhagen.

Ia akan digunakan untuk membeli senjata, peluru berpandu dan peluru selain meningkatkan pengeluaran senjata untuk Ukraine, melatih tentera Ukraine dan membersihkan kawasan periuk api di wilayah yang musnah akibat perang di Ukraine.

"Kami akan terus membantu Ukraine dalam keperluan ketenteraan mereka," kata Encik Bodskov kepada wartawan pada akhir sidang bersama menteri-menteri pertahanan Eropah.

Persidangan itu diadakan untuk membincangkan sokongan jangka panjang pertahanan Ukraine terhadap pencerobohan Rusia.

Komitmen itu dibuat selepas pemerintah Kyiv membuat rayuan berulang kali kepada negara-negara Barat untuk menghantar lebih banyak senjata termasuk peralatan jarak jauh.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita