Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Negara ASEAN digesa tubuh agensi angkasa serantau

Anggaran Waktu Membaca:
LANGKAWI: Negara-negara ASEAN seharusnya bekerjasama untuk menubuhkan agensi angkasa rantau tersebut kerana ia mungkin membantu mengurangkan isu kos dan sumber yang sering menjadi antara halangan kepada sebarang pembangunan projek berkaitan angkasa.

Demikian menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Axelspace Japan, Nakamura Yuya.

Beliau berkata ia seharusnya menjadi kepentingan pemerintah dalam memainkan peranan penting untuk memudah cara sebuah persekitaran berdaya maju bagi industri angkasa di mana-mana rantau untuk berkembang.  

"Kebanyakan negara mempunyai agensi angkasanya sendiri. Daripada membincangkan dan membuat perangkaian mungkin kami boleh mencadangkan sebuah projek angkasa yang besar seperti Artemis. Kemudian syarikat pemula ASEAN  boleh melibatkan diri dan lebih banyak syarikat pemula angkasa memasuki pasaran,” katanya.

Beliau merupakan ahli panel yang membincangkan tajuk kerjasama angkasa serantau di Forum Angkasa Antarabangsa Langkawi (LISF) 2023, sebuah program di bawah  Space Tech Nexus bersempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA’23) di Pusat Pameran Antarabangsa Langkawi (MIEC) di Langkawi pada Khamis (25 Mei).

Sementara itu, Pengarah Biro Misi dan Sistem Teknologi Angkasa Agensi Angkasa Filipina  (PhilSA) Dr Marc Caesar R. Talampas dalam sesi yang sama bersetuju apabila ditanya sama ada negara ASEAN harus menggemblengkan sumber mereka terutamanya dalam konteks kewangan untuk melonjakkan industri angkasa serantau. 

“Jika kami memburu sebuah misi besar saya tidak fikir ia akan berhasil dalam cara lain jadi ya sememangnya kami perlu membantu satu sama lain dan pada masa sama kami juga perlu mencari jalan bagaimana kami boleh kumpulkan sumber kami yang lain seperti bakat muda dan sebagainya,” katanya.

Dalam sesi “Mengimbangkan Kepentingan Serantau dan Komersial”, Dr Janet K. Tinoco Pensyarah Pengurusan dan Pemasaran Universiti Aeronautikal Embry-Riddle, mencadangkan Malaysia dan negara anggota ASEAN seharusnya terus mengukuhkan perkongsian mereka sambil bekerjasama dalam mewujudkan kepentingan angkasa serantau. 
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan