Negara Arab alu-alukan gencatan senjata Hamas-Israel
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/BASHAR TALEB)
GAZA: Negara Arab mengalu-alukan perjanjian gencatan senjata di Gaza antara Israel dan kumpulan Palestin Hamas, yang dicapai selepas lebih setahun rundingan intensif dengan pengantara dari Mesir, Qatar dan Amerika Syarikat, lapor Agensi Anadolu (AA).
“Saya mengalu-alukan perjanjian gencatan senjata di Gaza selepas lebih setahun usaha gigih yang diperantarai Mesir, Qatar dan AS,” kata Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi menerusi catatan di Facebook.
Beliau menegaskan keperluan mendesak untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
“Perjanjian ini menyerlahkan kepentingan menyediakan bantuan kritikal dengan segera kepada penduduk Gaza untuk menangani bencana kemanusiaan yang berterusan tanpa sebarang halangan, sehingga keamanan yang mampan dapat dicapai melalui penyelesaian dua negara,” katanya.
Encik Sisi mengulangi komitmen Mesir untuk menyokong keamanan yang adil, kekal sebagai rakan kongsi yang teguh untuk mencapainya dan mempertahankan hak sah rakyat Palestin.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Jordan menghargai usaha Mesir, Qatar dan Amerika dalam mencapai perjanjian itu, sambil menegaskan “keperluan untuk mematuhi sepenuhnya.”
Kenyataan tersebut memetik Menteri Luar Ayman Safadi yang menekankan “keperluan untuk melancarkan inisiatif antarabangsa segera bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan yang mencukupi dan mampan untuk menangani bencana kemanusiaan yang disebabkan oleh pencerobohan Israel di Gaza.”
Ia turut menekankan bahawa Jordan, “di bawah bimbingan dan pemantauan Raja Abdullah II, akan terus memberikan bantuan kemanusiaan kepada Gaza dan menyokong rakyat Palestin dalam usaha mereka untuk mencapai hak sah sepenuhnya bagi mendapatkan keamanan yang adil.”
Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati turut menyambut baik pengumuman oleh Qatar, Mesir dan Amerika mengenai perjanjian untuk mewujudkan gencatan senjata di Gaza.
“Pengumuman ini menutup satu babak berdarah dalam sejarah rakyat Palestin, yang telah menderita akibat pencerobohan Israel,” kata Encik Mikati sambil berharap gencatan senjata itu “akan berkekalan dan Israel akan mematuhinya, membuka jalan kepada penyelesaian muktamad terhadap isu Palestin serta memberikan rakyat Palestin hak sah mereka.”
Arab Saudi turut menyambut baik pengumuman itu sambil menegaskan “keperluan mematuhi perjanjian, menghentikan pencerobohan Israel ke atas Gaza, penarikan sepenuhnya tentera pendudukan Israel dari Carikan Gaza dan semua wilayah Palestin serta Arab, serta memastikan kepulangan rakyat yang dipindahkan ke kawasan masing-masing.”
Kementerian Luar Arab Saudi juga menekankan “kepentingan menjadikan perjanjian itu sebagai asas untuk menangani punca utama konflik dengan memberikan hak rakyat Palestin, termasuk penubuhan negara Palestin yang merdeka berdasarkan sempadan 1967 dengan Baitulmakdis Timur sebagai ibu negaranya.”
Perdana Menteri dan Menteri Luar Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al-Thani mengesahkan perjanjian gencatan senjata tersebut pada sidang media di Doha, yang akan bermula pada Ahad (19 Jan).

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.