NATO sedang cari 'langkah seterusnya' bagi perkukuh keselamatan Artik
Anggaran Waktu Membaca:
(Gamba: REUTERS/Guglielmo Mangiapane)
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
ZAGREB: Ketua NATO, Mark Rutte, berkata pada Isnin (12 Jan) bahawa perikatan itu sedang mencari jalan untuk memperkukuh keselamatan Artik, ketika Eropah bertungkus-lumus untuk menepis hasrat Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk mengambil alih Greenland.
"Pada masa ini kami sedang mengusahakan langkah seterusnya bagi memastikan kami melindungi secara kolektif apa yang menjadi taruhan," kata Encik Rutte kepada wartawan semasa lawatan ke Croatia.
Encik Trump mengejutkan perikatan 32 negara itu dengan enggan menolak penggunaan kekuatan tentera untuk merampas wilayah autonomi milik rakan anggota NATO, Denmark.
Pemimpin Amerika Syarikat itu menggunakan alasan keperluan untuk meningkatkan keselamatan di wilayah Artik bagi menghadapi China dan Rusia sebagai hujah utama mengapa Washington perlu mengawal pulau tersebut.
"Semua sekutu bersetuju tentang kepentingan Artik dan keselamatan Artik, kerana kita tahu dengan laluan laut yang mula terbuka, terdapat risiko bahawa Rusia dan China akan menjadi lebih aktif," kata Encik Rutte.
"Pada masa ini kami sedang membincangkan langkah seterusnya, bagaimana untuk memastikan kami memberikan tindakan susulan yang praktikal terhadap perbincangan tersebut," katanya.
Diplomat di NATO berkata beberapa ahli perikatan mula mengemukakan idea termasuk kemungkinan melancarkan misi baharu di wilayah tersebut. Namun, setakat ini perbincangan masih di peringkat awal dan belum ada cadangan konkrit yang dikemukakan.
Pemimpin Eropah sudah memberikan sokongan penuh kepada Denmark dalam usahanya menangkis keinginan Encik Trump terhadap Greenland. Menteri Luar Denmark dan Greenland dijadualkan mengadakan perbincangan minggu ini dengan diplomat tertinggi Amerika Syarikat, Marco Rubio.
Perdana Menteri Denmark, Mette Frederiksen, memberi amaran bahawa jika Washington meneruskan serangan bersenjata ke atas Greenland, ia akan membawa kepada berakhirnya NATO.
Encik Trump bagaimanapun bertindak balas dengan menegaskan bahawa beliau sudah menjadikan perikatan itu lebih kuat dengan memaksa negara-negara Eropah meningkatkan perbelanjaan pertahanan.
"Sayalah orang yang TELAH MENYELAMATKAN NATO!!!" tulis Encik Trump dalam catatan online.

Sumber : Reuters/NK/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.