Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

NATO lantik Perdana Menteri Belanda Mark Rutte sebagai setiausaha agung seterusnya

Anggaran Waktu Membaca:
NATO lantik Perdana Menteri Belanda Mark Rutte sebagai setiausaha agung seterusnya

(Gambar fail: Nick Gammon / AFP)

BRUSSELS: NATO melantik Perdana Menteri Belanda Mark Rutte yang bakal meletak jawatan untuk menggantikan Jens Stoltenberg pada Oktober sebagai setiausaha agung perikatan seterusnya, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Menyambut baik pelantikan Encik Rutte, Encik Stoltenberg berkata perdana menteri Belanda itu adalah "seorang penyokong sejati perikatan antara Amerika Utara dengan Eropah, pemimpin yang kuat, dan seseorang yang dapat mewujudkan kata sepakat".

"Saya berharap beliau akan berjaya sedang kita terus memperkukuhkan NATO bagi cabaran yang dihadapi hari ini dan yang akan datang. Saya tahu bahawa saya meninggalkan NATO kepada seseorang yang berkebolehan," katanya.

Jawatan Encik Stoltenberg akan berakhir pada 1 Oktober nanti.

Encik Rutte menjadi pilihan utama sebagai ketua NATO seterusnya setelah menerima sokongan awal Amerika Syarikat, Jerman dan Britain.
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan