Nasib jurulatih tampar pemain di tangan Kementerian Belia & Sukan M'sia
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia menyerahkan kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk menjalankan siasatan serta menentukan nasib jurulatih bola tampar yang menampar dua pemain pelajar perempuan baru-baru ini.
Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying berkata pihaknya akan memantau siasatan bersama KBS walaupun jurulatih terbabit sudah tampil memohon maaf dan ibu bapa pelajar berkenaan sudahpun memaafkan individu berkenaan.
"Menteri KBS Hannah Yeoh dan Menteri KPM Fadhlina Sidek akan sentiasa memantau siasatan dan perkara ini tidak galakkan kerana banyak cara untuk mengenakan denda kepada pelajar-pelajar berkenaan," katanya ketika ditemui di Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka pada Khamis (5 Jan).
Beliau mengulas isu seorang jurulatih pasukan bola tampar perempuan Melaka bawah 14 tahun (B-14) yang menampar dua pemainnya dalam satu kejohanan berlangsung di Johor pada 14 hingga 16 September 2022.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.