Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

NasDem sokong Anies Baswedan sebagai calon parti pilihan raya presiden Indonesia 2024

Anggaran Waktu Membaca:
NasDem sokong Anies Baswedan sebagai calon parti pilihan raya presiden Indonesia 2024

Bakal Gabenor Jakarta, Anies Baswedan, dikelilingi para wartawan. (Gambar: ADEK BERRY / AFP)

Diterbitkan : 03 Oct 2022 03:15PM Dikemas Kini : 03 Oct 2022 03:18PM
JAKARTA: Parti politik kelima terbesar di Indonesia, NasDem, pada Isnin (3 Okt) mengumumkan ia akan menyokong Gabenor Jakarta Anies Baswedan sebagai calonnya bagi pilihan raya presiden 2024 .

Encik Anies secara konsisten berada dalam kedudukan antara tiga pesaing terbaik untuk memimpin demokrasi ketiga terbesar di dunia itu, menurut tinjauan pendapat, di samping Gabenor Jawa Tengah Ganjar Pranowo dan Menteri Pertahanan Prabowo Subianto, yang juga bekas jeneral pasukan khas.

Pengerusi NasDem, Surya Paloh, berkata beliau mengambil masa berbulan-bulan lamanya untuk membincangkan calon pilihan parti tersebut dan akhirnya memutuskan bahawa Encik Anies adalah pilihan terbaik.

Encik Anies menerima sokongan tersebut dan berkata beliau bersedia :kekal bersatu" dengan parti itu, yang memenangi sekitar 9 peratus undi negarasemasa pilihan raya parlimen pada 2019.

Calon-calon presiden tidak dikehendaki untuk mendaftar secara rasmi bersama badan pilihan raya negara sehingga Oktober 2023.

Namun dengan penyandang Presiden Joko Widodo yang dilarang dari segi perlembagaan untuk berkhidmat buat penggal ketiga, persaingan sengit dijangka berlaku bagi menentukan siapa yang akan memimpin negara keempat dengan paling ramai penduduk di dunia itu.

Dipilih selaku gabenor Jakarta pada 2017, Encik Anies menerima kritikan ketika itu kerana dianggap menjalin hubungan rapat dengan kumpulan-kumpulan Islamik tegar.
Sumber : Today/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan