Nasdem sokong Anies Baswedan sebagai calon Gabenor Jakarta; mungkin bersaing dengan Ahok
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Facebook/Anies Baswedan)
JAKARTA: Partai Nasional Demokrat (Nasdem) telah mengumumkan secara rasmi bahawa ia akan menyokong mantan Gabenor Jakarta dan calon Presiden Anies Baswedan dalam pemilihan Gabenor Jakarta.
Pemilihan pada November ini berpotensi menyaksikan beliau berdepan dengan seorang lagi mantan Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama, yang juga dikenali sebagai Ahok.
Menurut Setiausaha Agung Nasdem, Hemawi Taslim Hemawi, keputusan untuk menyokong Encik Anies telah dibuat berikutan mesyuarat pleno parti tersebut pada 11 Mei lalu dan disahkan sepenuhnya oleh pucuk kepimpinannya pada Isnin (22 Julai).
"Petang ini, kami telah memutuskan pemilihan Gabenor Jakarta. Pengerusi Surya Paloh menerajui mesyuarat itu dan secara rasmi menamakan Encik Anies Baswedan sebagai calon Nasdem untuk Gabenor Jakarta," kata Encik Hermawi, seperti dipetik oleh Jakarta Globe, pada satu sidang media menyusuli mesyuarat di Menara Nasdem, ibu pejabat parti tersebut.
Menurut beliau, selain Encik Anies, terdapat dua lagi yang dinamakan sebagai calon untuk pemilihan Gabenor Jakarta, iaitu Ahli Parlimen Nasdem Ahmad Sahroni, dan Wibi Andrino, Ketua Fraksi NasDem DPRD DKI Jakarta (DPRD).
Setiausaha Lembaga Pemilihan Nasdem Willy Aditya berkata pihaknya menyokong Encik Anies atas keupayaan dan rekod prestasi yang baik semasa beliau menjadi Gabenor Jakarta.
Encik Anies diiktiraf atas pencapaiannya sebagai Gabenor Jakarta, termasuk menyiapkan pembinaan Stadium Antarabangsa Jakarta (JIS) dan Litar E-Prix Antarabangsa Jakarta (JIEC).
"Keupayaan dan integritinya adalah sesuatu yang diingini dan menjadi aspirasi rakyat Jakarta agar beliau meneruskan kepimpinannya untuk bandar ini. Ini juga menjadi penanda aras kami (untuk mencalonkan Encik Anies)," kata Encik Willy di sidang media Nasdem.
Sambil mengucapkan terima kasih atas sokongan Nasdem, Encik Anies berkata bahawa beliau bersetuju dengan visi pengerusi Nasdem Surya Paloh untuk memastikan Jakarta terus maju melalui kerja-kerja yang dilakukan oleh kerajaan wilayah Jakarta.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.