NASA umum angkawasan wanita, lelaki kulit hitam pertama dalam misi ke bulan
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: NASA
WASHINGTON: Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) mengumumkan nama empat angkasawan ke bulan selepas 50 tahun.
Menurut CNN, Christina Koch akan menjadi angkasawan wanita pertama ditugaskan untuk misi ke bulan kali ini, manakala Victor Glover adalah angkasawan pertama berkulit hitam.
Mereka menyertai misi Artemis II bersama Reid Wiseman dan Jeremy Hansen yang akan menerbangkan kapsul mengelilingi bulan akhir tahun depan atau awal tahun 2025.
Kumpulan angkasawan ini tidak akan menjejakkan kaki di bulan namun misi mereka membuka jalan untuk misi akan datang.
Penyertaan angkasawan ini yang terdiri daripada tiga warga Amerika Syarikat (AS) dan seorang warga Kanada, diumumkan dalam satu acara di Houston, Texas pada Isnin (3 Apr).
Selepas ini mereka akan memulakan latihan intensif bagi mempersiapkan mereka menjalani misi tersebut.

Sumber : Agensi berita/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.