Skip to main content

Dunia

NASA sambung semula penerbangan ke angkasa lepas dengan pelancaran SpaceX

Buat pertama kalinya dalam hampir sedekad, dua angkasawan Amerika Syarikat dilancarkan ke angkasa lepas.

Anggaran Waktu Membaca:
NASA sambung semula penerbangan ke angkasa lepas dengan pelancaran SpaceX

Roket Falcon 9 SpaceX dan kapal angkasa Crew Dragon yang membawa pada angkasawan NASA berlepas ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa dari Pusat Angkasa Lepasa Kennedy NASA di Cape Canaveral, Florida, AS, pada 30 Mei 2020. (Gambar: Thom Baur/REUTERS)

Diterbitkan : 31 May 2020 08:35PM Dikemas Kini : 31 May 2020 08:36PM

CAPE CANAVERAL: Buat pertama kalinya dalam hampir sedekad, dua angkasawan Amerika Syarikat dilancarkan ke angkasa lepas.

Ini menerusi satu kolaborasi antara agensi angkasa lepas NASA dengan syarikat aeroangkasa SpaceX milik jutawan, Elon Musk.

Roket SpaceX Falcon 9 berlepas dari Pusat Angkasa Lepas Kennedy sekitar jam 3.20 pagi waktu tempatan.

Ia membawa dua angkasawan, Robert Behn-ken dan Douglas Hurley, dalam perjalanan 19 jam menuju ke Stesen Angkasa Antarabangsa.

Presiden Donald Trump dan Naib Presiden Mike Pence menyaksikan pelancaran itu dari platform sedang roket berlepas.

Encik Trump berkata pelancaran itu adalah satu 'inspirasi besar' buat negaranya.

Bagi Encik Elon Musk, pelancaran itu melambangkan satu lagi detik bersejarah bagi roket-roket guna semula yang dirintiskan syarikatnya untuk menjadikan penerbangan ke angkasa lepas lebih murah dan kerap.

Pelancaran itu turut memberi secebis harapan kepada ramai di tengah-tengah wabak virus korona dan bantahan di seluruh negara.

Sumber : Reuters/SY/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita