Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

NASA dedah pesawat elektrik pertama

NASA, pertubuhan terkenal dengan misi-misi penerokaan angkasa lepas, pada Jumaat (8 Nov) mendedahkan satu versi awal pesawat elektrik yang pertama di dunia, X-57 Maxwell, di makmal aeronautiknya yang terletak di California.

Anggaran Waktu Membaca:
NASA dedah pesawat elektrik pertama

(Gambar: NASA)

Diterbitkan : 09 Nov 2019 02:56PM Dikemas Kini : 09 Nov 2019 02:59PM

CALIFORNIA: NASA, pertubuhan terkenal dengan misi-misi penerokaan angkasa lepas, pada Jumaat (8 Nov) mendedahkan satu versi awal pesawat elektrik yang pertama di dunia, X-57 Maxwell, di makmal aeronautiknya yang terletak di California.

Diubah suai daripada pesawat kipas kembar Tecnam P2006T buatan Itali, X-57 dibangunkan sejak tahun 2015 dan kini memerlukan sekurang-kurangnya setahun sebelum ia melakukan penerbangan ujian yang pertama dari Pangkalan Udara Edward.

Namun setelah dua daripada 14 motor elektriknya dipasang - yang dipacu kuasa bateri ion litium yang direka khas - NASA memutuskan bahawa pesawat tersebut sudah boleh ditampilkan kepada orang ramai.

Turut dipamerkan adalah simulator yang membolehkan para jurutera dan juruterbang untuk merasakan sendiri bagaimana untuk mengendalikan versi X-57 apabila siap kelak, meskipun pesawat itu masih sedang dibangunkan.

Pesawat Maxwell itu adalah pesawat model X pertama yang dibangunkan agensi tersebut dalam tempoh dua dekad.

Bagaimanapun satu cabaran yang dihadapi sekarang adalah untuk memperbaiki teknologi bateri supaya dapat menyimpan lebih banyak tenaga dan dapat dicas lebih pantas, agar pesawat itu berupaya terbang lebih jauh.

Berdasarkan keterbatasan bateri masa kini, pesawat Pesawat Maxwell juga boleh digunakan bagi melakukan penerbangan jarak dekat sama seperti sebuah teksi udara ataupun pesawat yang mampu membawa jumlah penumpang yang kecil.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan