Narendra Modi bakal lawat Kerala sedang keadaan tegang berhubung kunjungan wanita ke kuil
Perdana Menteri India, Narendra Modi, dan Presiden Parti Bharatiya Janata, Amit Shah, akan melakukan lawatan ke Kerala pada bulan ini.
THIRUVANANTHAPURAM, INDIA: Perdana Menteri India, Narendra Modi, dan Presiden Parti Bharatiya Janata, Amit Shah, akan melakukan lawatan ke Kerala pada bulan ini.
Keadaan tegang sedang membelenggu wilayah selatan India itu, berikutan keputusan Mahkamah Agung mengenai kunjungan para wanita ke sebuah kuil.
Keganasan meletus lagi di beberapa tempat di Kerala pada Sabtu (5 Jan), terutama sekali di daerah Kannur, berkaitan keputusan mahkamah membenarkan semua wanita memasuki bahagian dalam Kuil Sabarimala.
Berdasarkan tradisinya sejak 100 tahun lalu, wanita berusia 10 hingga 50 tahun tidak dibenarkan masuk ke dalam kuil itu.
Bagaimanapun pada 1 Januari tahun ini, dua wanita berusia 40 dan 42 tahun dapat memasuki kuil itu. Seorang lagi wanita kemudian menyusul mereka.
Wanita-wanita itu adalah yang pertama dapat memasuki bahagian dalam kuil tersebut selepas Mahkamah Agung, pada September lalu, mengubah larangan terhadap wanita yang belum putus haid daripada memasuki kuil berkenaan.
Aktivis-aktivis yang menentang keputusan mahkamah itu sebelum ini menghalang percubaan seorang lagi wanita yang hendak memasuki kuil tersebut. Di pihaknya pula, PM Modi menyokong tindakan para aktivis itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.