Skip to main content

Dunia

Narathiwat laksana perintah berkurung susuli serangan di 11 stesen minyak

Anggaran Waktu Membaca:
Narathiwat laksana perintah berkurung susuli serangan di 11 stesen minyak
(Gambar: AFP/Madaree Tohlala)
Diterbitkan : 11 Jan 2026 07:21PM Dikemas Kini : 11 Jan 2026 07:22PM
NARATHIWAT: Pihak berkuasa wilayah Narathiwat mengumumkan perintah berkurung mulai pukul 9.00 malam hingga 5.00 pagi berkuat kuasa serta-merta selepas 11 stesen minyak di selatan Thailand diserang dengan bahan letupan pada awal pagi Ahad (11 Jan).

Serangan itu berlaku pada kira-kira pukul 1.00 pagi di beberapa stesen minyak di Yala, Pattani dan Narathiwat, lapor The Nation.

Penyerang dipercayai menaiki motosikal dan membaling bahan letupan untuk mencetuskan kebakaran di stesen minyak terbabit termasuk di premis kedai serbaneka di kawasan berkenaan.

Pihak berkuasa berkata, perintah berkurung itu akan dilanjutkan sehingga notis lanjut.

Para penduduk yang perlu keluar rumah dalam tempoh tersebut perlu mendapatkan kebenaran daripada polis, tentera atau pihak pentadbiran daerah.

Gabenor Narathiwat, Boonchuay Homyamney berkata siasatan mendapati penyerang yang terlibat dalam insiden itu menaiki motosikal, dengan empat hingga lima individu di setiap lokasi, lapor Astro Awani.

"Kumpulan penyerang bertindak membakar kedai serbaneka di stesen minyak sebelum meletupkan bom buatan sendiri di dispenser bahan api, menyebabkan kebakaran," katanya.

Beliau berkata, pihaknya berharap pusat mitigasi bencana negeri dapat membayar pampasan kepada mangsa yang terlibat dalam tempoh 10 hari.

Kerajaan negeri turut mengarahkan ketua-ketua daerah meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan perniagaan utama dan lokasi berisiko tinggi.

Kawalan keselamatan dipertingkatkan di bawah undang-undang ketenteraan dengan rondaan oleh tentera dan polis bagi memastikan ketenteraman awam.

 
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita