Namewee serah diri bantu siasatan kes bunuh pempengaruh wanita Taiwan
Penyanyi rap Malaysia Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada awal pagi Rabu (5 Nov), bagi membantu siasatan berhubung kes kematian seorang pempengaruh wanita warga Taiwan di sebuah hotel di Jalan Conlay, di Kuala Lumpur pada bulan lalu.
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Penyanyi rap Malaysia Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada awal pagi Rabu (5 Nov), bagi membantu siasatan berhubung kes kematian seorang pempengaruh wanita warga Taiwan di sebuah hotel di Jalan Conlay, di Kuala Lumpur pada bulan lalu.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sazalee Adam ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan memaklumkan permohonan reman terhadap suspek akan dibuat pada pagi Rabu.
“Untuk makluman, Namewee akan direman pagi ini,” katanya ringkas.
Difahamkan, penyanyi itu tampil ke IPD Dang Wangi awal pagi Rabu selepas tiba dari Johor Bahru bagi memberi keterangan berhubung kematian pempengaruh Taiwan berkenaan Hsieh Yun Hsin, yang ditemui mati di dalam bilik air hotel berkenaan pada 22 Oktober lalu.
Menerusi catatan di laman Facebooknya, Namewee berkata dia hadir secara sukarela dan bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis bagi menjelaskan keadaan sebenar kepada orang ramai dan keluarga mangsa.
“Saya tidak akan melarikan diri. Sebelum ini, dalam tujuh kali saya dipanggil oleh pihak berkuasa, saya sendiri yang tampil secara sukarela untuk memberi keterangan. Saya tidak pernah lari,” katanya.
Pada Selasa, Ketua Polis Kuala Lumpur Fadil Marsus dilapor berkata kes itu yang pada awalnya diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR), kini disiasat semula sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Beliau berkata hasil siasatan mendapati pemuzik terbabit merupakan individu terakhir bersama mangsa dan dianggap penting dalam membantu siasatan.
Mayat Hsieh sebelum ini dilaporkan ditemui oleh pemuzik berkenaan di dalam tab mandi pada pukul 1.40 tengah hari, 22 Oktober lalu sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.
Dalam siasatan sama, pemuzik itu turut ditahan kerana memiliki dan menggunakan dadah selepas polis menemui sembilan pil berwarna biru disyaki ekstasi seberat 5.12 gram dalam bilik hotel itu.
Dia kemudian didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pada 24 Oktober.
Polis masih menunggu laporan penuh bedah siasat dan analisis toksikologi bagi mengenal pasti punca sebenar kematian wanita berusia 33 tahun itu.

Sumber : Bernama/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.