Nama Teluk Mexico diubah secara rasmi oleh pentadbiran Trump
Anggaran Waktu Membaca:

Donald Trump pada 6 Nov 2024 di Florida. (Gambar: AP/Alex Brandon)
WASHINGTON: Jabatan Dalam Negeri pentadbiran Donald Trump pada Jumaat (24 Jan) menyatakan ia sudah secara rasmi menukar nama Teluk Mexico kepada Teluk Amerika dan gunung tertinggi Denali di Alaska kepada Gunung McKinley.
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengarahkan nama dua lokasi itu ditukar sebagai sebahagian daripada arahan eksekutif beberapa jam selepas memegang jawatan, sekali gus menepati janji kempennya.
Sebelum ini, gunung tertinggi di Alaska itu dipanggil Gunung McKinley, sebagai penghormatan kepada mantan Presiden Amerika, William McKinley, namun dinamakan semula sebagai Denali, yang bermaksud 'tinggi' dalam bahasa Orang Asli Koyukon pada 1975 atas permintaan wilayah tersebut.
"Perubahan ini mengesahkan komitmen negara untuk memelihara warisan luar biasa Amerika Syarikat dan memastikan generasi masa depan rakyat Amerika meraikan warisan wira dan aset bersejarahnya," tulis jabatan itu.
Meskipun Encik Trump boleh mengarahkan Kajian Geologi Amerika Syarikat untuk mengubah cara ia menamakan Teluk Mexico, perubahan nama seperti itu tidak diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Mexico, seperti Amerika, yang mempunyai pinggir pantai panjang mengelilingi kawasan perairan itu, menyatakan nama Teluk Mexico diiktiraf di peringkat antarabangsa dan digunakan sebagai rujukan bagi navigasi maritim sejak ratusan tahun lalu.
Presiden Mexico Claudia Sheinbaum pada awal bulan ini berseloroh dan mencadangkan agar Amerika Utara, termasuk Amerika Syarikat, dinamakan sebagai "Amerika Mexico", iaitu nama bersejarah yang tertera pada peta awal rantau tersebut.

Sumber : Reuters/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.