Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Nama stadium mini di Alor Setar dibatalkan kerana tidak patuh prosedur, pegawai daerah dikenakan tindakan

Proses menamakan stadium mini di Kuala Nerang dekat Padang Terap yang tular sehingga menimbulkan kontroversi baru-baru ini tidak dibuat mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Kedah.

Anggaran Waktu Membaca:
Nama stadium mini di Alor Setar dibatalkan kerana tidak patuh prosedur, pegawai daerah dikenakan tindakan
Diterbitkan : 16 Dec 2020 09:18PM Dikemas Kini : 16 Dec 2020 09:22PM

ALOR SETAR: Proses menamakan stadium mini di Kuala Nerang dekat Padang Terap yang tular sehingga menimbulkan kontroversi baru-baru ini tidak dibuat mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Kedah.

Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata perkara itu didapati hanya dibincangkan di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) dan tidak dibawa untuk tindakan dalam Mesyuarat Exco kerajaan negeri bagi tujuan kelulusan.

“Semua nama-nama jalan, taman, lokasi atau stadium yang nak dinamakan sempena apa-apa kena bincang di peringkat majlis kerajaan tempatan dahulu kemudian dibawa ke dalam Mesyuarat Exco untuk kelulusan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco hari ini (16 Dis).

Beliau diminta mengulas isu nama Stadium Mini Ffira Mikah di Kuala Nerang yang dikaitkan dengan nama Pegawai Daerah Padang Terap Hakim Ariff Md Noor, yang tular di laman sosial baru-baru ini.

Kerajaan Negeri Kedah mengarahkan supaya nama stadium itu ditukar bagi meleraikan kontroversi berkaitan perkara itu.

Menyentuh tindakan yang bakal diambil terhadap pegawai daerah itu, Muhammad Sanusi berkata perkara tersebut akan diserahkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri untuk menentukannya, bersesuaian dengan urusan pentadbiran.

“Nama baru akan diangkat dalam Mesyuarat Exco untuk kelulusan tapi saya tak fikir dia akan angkat nama tu semula sebab kalau tanya saya pun, saya tak setuju dengan nama tu,” katanya.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan